Menarik?

18.6.12

The Unsung Heroes.

OK. Sebenarnya, tajuk post agak kurang tepat untuk mendefinisikan subjek untuk post aku kali ni.

Well, what the hell.

Aku, sebenarnya seorang yang sangat-sangat meraikan muzik. Lebih-lebih lagi muzik dari artis/bukan artis tempatan yang berbakat.

Ya, yang berbakat.

Dulu, (tak terlalu lama, maksud aku dua ke empat tahun lepas.) muzik 'Indie' memang betul-betul dapat sambutan di Malaysia. Yuna (?), Hujan, Couple dan lain-lain memang sangat diraikan. Fenomena 'gig' dan 'underground' semacam dapat sambutan baru. Aku jadi sedikit seronok dapat dengar lagu-lagu berkualiti dari artis/bukan artis berbakat dari Malaysia.

Senyum.

Kemudian, memperkenalkan, Najwa Latif. Najwa Latif boleh dianggap fenomena di Malaysia. Yuna 2.0? Entahlah. Lebih kurang macam tu lah cerita orang ramai. Mula dapat sambutan dengan post video 'cover' di YouTube, kemudian mula rakam lagu sendiri. Tapi, secara peribadi (bukan mengkritik, cuma memilih.) aku sangat tak gemarkan lagu-lagu Najwa Latif. Lebih-lebih lagi lagu-lagu tulisan dia sendiri. Pada aku, lagu-lagu tulisan dia sendiri, liriknya memang mudah tapi terlalu mudah dan terlalu amatur. Sedikit kebudak-budakan, mungkin.

Sekarang, Daiyan Trisya pula dapat nama selepas post video-video cover di YouTube. Juga, pada aku secara peribadi (sekali lagi, bukan mengkritik, cuma memilih.) aku sangat-sangat tak gemarkan lagu dan juga persembahan dia. Entahlah, mungkin pada aku, dia di tahap 'OK' saja. terserah kamu untuk memilih dan menilai.

Jelas, 'kuasa' YouTube memang bukan boleh buat main. "Cuma perlukan 15 minit, semua orang boleh jadi terkenal" (in 15 minutes everybody will be famous - Andy Warhol.). Kurang daripada tu, sebenarnya. 

3 minit. Itu saja.

Jadi, aku berhajat untuk jadikan seorang 'artis YouTube' ni terkenal. Mungkin kamu semua boleh join aku dan bantu dia jadi terkenal untuk betul-betul menambah seorang lagi artis/bukan artis yang berbakat dari Malaysia. Bukan apa, supaya aku boleh enjoy muzik yang betul-betul berkualiti. Tu saja.

Memperkenalkan, 'takaharasuiko' (aku sendiri kurang pasti apa nama sebenar dia.)

Pada aku, dia memang seorang yang sangat-sangat berbakat. Suara bagus, edit video dengan 'kemas' (?), dan betul-betul boleh bermain muzik. Boleh menulis lagu, mungkin? Tapi sayang, dia sangat-sangat 'underrated' oleh 'YouTube-fags'

Tolong dia jadi terkenal. 'Project Takahara-Fame'. Ni salah satu contoh bakat dia. Enjoy.








Berbakat, bukan?

No comments:

Post a Comment

 

Copyright 2010. All rights reserved.

RSS Feed. This blog is proudly powered by Blogger and uses Modern Clix, a theme by Rodrigo Galindez. Modern Clix blogger template by Introblogger.