Menarik?

12.6.12

Lelaki Jadian.

Tak. Aku bukan maksudkan perempuan bertukar jadi lelaki bila bulan mengambang. Maksud aku, 'from boys to man'.

(Tiba-tiba terasa sedikit nostalgik. Kenapa ya?)

Abaikan.

Ada beberapa perkara, pada aku, seorang lelaki PERLU, kalau tidak wajib, alami sebelum dia yakin dia adalah seorang lelaki yang sah atau tulen. Tak, aku bukannya mahu jadi the next Barney Stinson dengan buku 'The Bro-Code'-nya (yang mana pada aku adalah sangat ironi kerana Neil Patrick Harris adalah seorang yang as gay as the Village People.). Cuma aku rasa, ada beberapa perkara yang aku rasa relevan untuk aku kongsi. Sekurang-kurangnya, perkara yang aku alami sebelum aku yakin aku adalah seorang lelaki yang tulen.



SANGSI ORIENTASI SEKS.

Ini, pada aku, adalah perkara yang paling penting, dan harus untuk semua lelaki alami. Kenapa? Sebab kalau kamu tak pernah sangsi dengan orientasi seks kamu walaupun sekali, bermaksud kamu tak kisah dengan orientasi seks kamu, yang mana bermaksud kamu boleh gembira menjadi 'Gay' (yang mana juga bermaksud 'gembira'.).

Fasa yang paling penting adalah fasa berikutnya. Iaitu betul-betul memastikan orientasi seks kamu. Antara cara yang terbaik, macam Ray Romano katakan dalam sitkomnya 'Everybody Loves Raymond', "You wonders, you saw a boobs, you walk into a wall, and there you go."

Perlu aku jelaskan, aku bukanlah seorang yang 100% homofobia. Cuma aku tak setuju dengan frasa yang selalu digunakan oleh golongan LGBT iaitu 'born this way'. Tak, gay tak memilih kamu, Kamu yang memilih untuk jadi gay. Tapi, aku tiada masalah dengan golongan gay. Aku boleh berkawan dengan mereka, selagi mana mereka tak 'mencabul' hak aku sebagai lelaki tulen.



MENANGIS.

Kamu tak perlulah menangis waktu tonton cerita/drama Korea dengan teman wanita kamu. Bukan itu yang aku maksudkan. Maksud aku, 'manly tears'.

Aku tahu, frasa 'lelaki hanya menangis tiga kali seumur hidupnya' (a man only cries 3 times in his life.). Pada aku, frasa tu tak betul. 3 kali? Pfft.

Lelaki BOLEH, dan harus menangis. TAPI, atas situasi-situasi yang dibenarkan. Sebagai contoh :

1) Kematian ibu, bapa atau mana-mana ahli keluarga.
2) Ikon sukan yang lagenda bersara.
3) Kematian orang yang disayangi.
4) Menonton salah satu filem berikut -
    i)  Braveheart.
    ii) Gladiators.
    iii) Intouchables.
    - Atau mana-mana filem yang mempunyai genre yang sama dan bukannya 'The Notebook'.
5) Kelahiran anak pertama. (?)

Ada beberapa situasi yang selalu disalahguna oleh orang ramai untuk menangis dan untuk menjustifikasi tindakannya untuk menangis. Antaranya :

1) Boston Celtic kalah di tangan Miami Heat pada Conference Finals 2012.
2) Seorang lelaki lain meminta ditenangkan oleh kamu.
3) Bila kamu tak dapat apa yang kamu inginkan. Sebagai contoh, warna kereta idaman.
4) Bila kamu kecewa. Sebagai contoh, ditinggalkan kekasih.





MENGELUARKAN WANG DI MEJA MAKAN.

Aku sendiri kurang pasti dengan situasi ni. Apabila sekumpulan lelaki bersetuju untuk keluar makan, aku pasti, tiada seorang pun yang berstuju pada awal-awal lagi untuk membayar sejumlah besar daripada total perbelanjaan makan pada waktu itu. Tapi, secara automatik, mereka akan berbuat demikian.

Sebagai contoh, kamu mengajak dua orang rakan kamu keluar makan di 'Pelati Nasi Kandar' (bukan typo, memang aku sengaja eja begitu.). Aku yakin, aku langsung tak pernah kata, "Takpe, aku bayar." Tapi, selesai makan, bila ingin membayar, kamu akan jadi rasa bertanggung jawab, walaupun berat, untuk membayar kalau tak semua, sebahagian besar dari jumlah perbelanjaan tu. Dan secara automatik juga, rakan kamu yang berdua langsung tidak rasa tergerak untuk bertanya berapa harus dibayar atau berpura-pura ingin mengambil dompet dari poket belakang walhal memang sedari awal dah meninggalkan dompet di rumah.

Lain pula hanya dengan perempuan. Kalau mereka keluar bertiga untuk makan, mereka akan bahagikan, secara tepat, jumlah perbelanjaan tersebut kepada tiga bahagian, lengkap dengan sen-nya sekali.


Cukuplah pada aku, untuk bahagian I post kali ni. Aku ada urusan lain. Ya, aku akan sambung lagi dengan bahagian II (mungkin.) bila aku ada waktu dan idea.

Oh, hampir terlupa membawa dompet.

No comments:

Post a Comment

 

Copyright 2010. All rights reserved.

RSS Feed. This blog is proudly powered by Blogger and uses Modern Clix, a theme by Rodrigo Galindez. Modern Clix blogger template by Introblogger.