Archives

30.8.12

Dokumentari Untuk 'Hari Raya'.

Selamat Hri Raya Aidilfitri, maaf zahir batin.

Apa? Raya dah habis? Ah, Raya sebulan. Lambat pun, apa aku peduli.

Sebenarnya, lambat sebab aku ada masalah komputer. Celaka betul. Aku sendiri pun tak tahu apa masalahnya, sampai sudah hampir seminggu aku tanpa teman sejati waktu sunyi aku.

Disebabkan entri ni aku tulis dari komputer orang, tak perlulah entri panjang-panjang pada pendapat aku.

Nah, dokumentari 'raya' untuk kamu. Hati-hati memandu musim perayaan+tak perayaan. Jangan susahkan orang ramai dengan skil bodoh memandu sambil ber-SMS kamu. Tak ada orang yang akan kagum.



19.8.12

Amerika Yang Tak Nak Kalah.

Kalau kita tengok cerita-cerita Hollywood, tak kisahlah bersiri atau filem, teknologi mereka  memang 'tak nak kalah', bak kata The Gerek Gang (Apa? kau tak kenal The Gerek Gang?)satu masa dulu.

Sudahlah dengan teknologi yang tak nak kalah, ditambah dengan kebolehan atau kepakaran hero atau heroin yang memang ultra hebat tahap perdana peringkat ketujuh dengan tinju maut 700000000 HP. Terlalu hebat, membuatkan kita berasa WTF dan tak nak tengok lagi cerita tu. Melainkan memang kamu seorang cerita aksi ala-Rajnikanth, aku tak kisah. Itu, pilihan masing-masing.

Cumanya, aku nak kongsi 'kehebatan' teknologi dan hero serta heroin cerita Hollywood yang membuatkan aku turned-off untuk menonton sebahagian cerita-cerita mereka.





Celaka.

15.8.12

Dunia Yang Kita Duduki. (Bahagian 1)

Atau the world that we live in.

Sebenarnya, untuk namakan entri kali ni 'dunia yang kita duduki' adalah terlalu umum dan terlalu serius. Lebih tepat lagi kalau entri ni dinamakan 'NEGARA yang kita duduki'. Tapi, iya lah. We learn from the best. Tajuk entri haruslah bombastik, walaupun isi tak seberapa.

Tapi, entri kali ni memang agak sedikit serius.

Tentang negara yang kita duduki. Aku, secara peribadi, tak banyak merungut atau masalah dengan negara yang kita duduki, Malaysia, sekarang ni. Memang, aku ada beberapa masalah dengan sistem dan polisi. Tapi, tak banyak. Beberapa sistem dan polisi mana-mana negara yang kita dudki, tak perlulah ideal dengan polisi yang kita mahu. Tak kan nak puaskan hati setiap seorang yang merungut. Memang tak wujud negara macam tu. Tinggal lagi, beberapa polisi yang memang dapat membantu rakyat secara umum, kenapa harus ditolak dan diabaikan? Polisi yang bernas perlu diambil kira dan diusaha sama dengan semua pohak terbabit supaya dapat dilaksanakan.

Jadi, melalui pembacaan meluas dan dari beberapa negara yang pernah aku lawati, serta dengan perbincangan dengan mahasiswa dari negara-negara tertentu, beberapa polisi yang mana aku rasakan perlu dilaksanakan di negara makmur kita, Malaysia, supaya dapat membantu meajukan negara dan rakyat berserta. Pembangunan dan kemajuan negara cuma dapat diukur dengan efektif dan realistik dengan mengambil kira pembangunan dan kemajuan SEBAHAGIAN BESAR rakyat negara tersebut.

Dan apa yang aku dapat 'keluarkan' dari pembacaan dan perbincangan lepas adalah 4 perkara atau fasal atau polisi yang tunjang untuk mengukur kemajuan dan pembangunan negara. 4 perkara tersebut adalah :

1) Basmi kemiskinan.
2) Kemajuan pendidikan.
3) Kemajuan dan penjagaan kesihatan.
4) Kemajuan ekonomi rakyat, selari dengan ekonomi negara.

Kemiskinan.

Pada zaman Khalifah Saidina Umar Al-Khattab, betapa kebajikan dan pembahagian kekayaan dijaga diantara sesama rakyat, Zakat yang dikutip oleh baitulmal hampir tidak ada penerima. Bermaksud di sini, jumlah pemberi zakat adalah jauh lebih besar dari jumlah penerima. Hal Brunei sekarang dengarnya dalam cita-cita ke arah sifar penreima zakat. Harap-harap negara Islam sekeliling dapat contohi.

Diakui, Malaysia memanglah sangat-sangat jauh untuk sampai ke tahap tu. Aku dah nampak kepayahan kenalan aku dengan masalah pembahagian dan penerimaan zakat waktu belajar. Perlu bersurat, dengan interview. Selesai semua, nama lulus tapi zakat disekat. Macam-macam hal. Pemegang amanah zakat disumpah, didoakan bermacam-macam. Jadi tak senang duduk semua pihak.

Maknanya ada masalah yang lebih besar lagi dari masalah layak atau tidak menerima zakat. Iaitu masalah PENYAMPAIAN zakat. Penerima dah ada, bahagian dah sedia, tapi 'dikastam' pulak dari pemegang amanah. 'Kastam' tak rasmi ni perlu dihapuskan secara total sebagai langkah 1 untuk hapus kemiskinan.

*Topik ni memanglah amat panjang sebab aku cuba sampaikan pandangan dan pendapat aku. Jadi aku rasa elok aku buat secara berbahagi untuk maklumat disampaikan dengan lebih efektif.

11.8.12

10.8.12

One Of The Many Reasons Why I Love The Internet.

Because when they are at their best, quite rarely they disappoint me.




Mungkin sebelum ni, kamu pernah lihat versi main piano. Kali ni, versi Not Safe For Ramadhan...sikit.

Haha. Aku terhibur.

9.8.12

Definisi Dedikasi.

Kamu mahu dedikasi? AKU BERI DEDIKASI.




Dia ada buat video tahun lepas untuk 4 tahun setengah. Ini tahun seterusnya. Dan dia comel.

Gadis Melayu.

Aku hampir putus asa dengan gadis melayu lepas dapat tahu yang Yasmin Hani berkahwin. Nyaris-nyaris aku paksa mak aku pinangkan gadis Korea untuk aku. Ah, peduli apa aku dengan pembedahan plastik. Yang penting memuaskan hati. Hal genetik, aku yakin genetik aku dah lebih dari mencukupi untuk zuriat hot dan anggun serba serbi.

Kemudian, datang Wawa Zainal.

Hai Wawa Zainal.

Nasib baik ada Wawa Zainal. Dapat selamatkan gadis melayu untuk teruskan kemandirian spesis.




Lesung pipit dia...Wow!

4.8.12

Lee Listens To #6 : The Black Keys - Tighten Up.

Bukanlah lagu baru. Cuma aku baru ingin berkongsi dengan kamu. Tiba-tiba muncul balik dalam loop iTunes aku. Berasa 'nostalgik'.



 

Copyright 2010. All rights reserved.

RSS Feed. This blog is proudly powered by Blogger and uses Modern Clix, a theme by Rodrigo Galindez. Modern Clix blogger template by Introblogger.