Archives

25.6.12

Love's Not That Hard to Figure Out. Lee Listens To #2 : Anchorman - Afternoon Delight.

Satu perkara yang aku belajar dari filem adalah cinta tak lah serumit yang semua orang sangka.

It's kinda like,

Gonna find my baby, gonna hold her tight
Gonna grab some afternoon delight

My motto's always been, when it's right, it's right

Why wait until the middle of a cold dark night?
When every thing's a little clearer in the light of day
And you know, the night is always gonna be there any way

Sky rockets in flight

Afternoon delight
Afternoon delight
 
Thinkin' of you's workin' up my appetite
Looking forward to a little afternoon delight 
Rubbin' sticks and stones together makes the sparks ignite 
And the thought of rubbin' you is getting so exciting

Sky rockets in flight 
Afternoon delight 
Afternoon delight








If you don't think this song is the greatest song ever, I will fight you.



Teruja menunggu 'Anchorman 2'. Will Ferrell memang seorang legenda.

23.6.12

Former Friend.

Today I received an SMS from one of my former friends.

"kaT maneR? chuRR4 lew sk8."

That's why she's listed as 'former friend'.

21.6.12

Berlawan.

Aku perlukan teman 'sparring'. Punching bag sudah tak relevan.

Buat masa sekarang, rehat dulu ya 'Tony' dan 'Mike'.

19.6.12

Lee Listens To #1 : Mansions On The Moon - She Makes Me Feel

Maaflah, hari banyak sikit menulis. Bukan apa, terlalu banyak masa (?) terluang aku ada hari ni.






Aku tak ada spesifikasi genre yang aku pilih untuk aku minat. Yang mana aku dapati menarik, aku dengar. Kalau tak, hmm.

Ignorance LVL : Chinese.

Ini sedih. Itu saja yang boleh aku katakan.






"Mama, I told you. Not all Chinese are smart."

Katniss Everdeen Di Dunia Sebenar.

Filem 'The Hunger Games' memang gila. Gila dari segala aspek.

Jalan cerita, pelakon utama, sambutan.

Tapi, macam cerita-cerita lain yang diadaptasi dari novel, semua orang kurang berpuas hati dengan filem kalau dibandingkan dengan novel.

Aku? akutakpeduli. Sebab aku bukan pembaca tegar.

Aku cuma baca blog dan berita online.

Eh, semacam lari dari topik.

Dalam filem 'The Hunger Games' watak utama yang dilakonkan oleh pelakon comel-berisi-menggiurkan Jennifer Lawrence diberi nama Katniss Everdeen. Katniss, dalam cerita tersebut merupakan seorang pemanah berskil tinggi. Jennifer Lawrence, pada aku nampak sangat chic bersenjatakan panah. Aku pun tak tahu. Mungkin aku ada fetish perempuan bersenjata. Entahlah.

Berbalik pada tujuan sebenar aku tulis entri kali ni adalah sebab aku baru saja lepas menonton video 'Katniss' di dunia sebenar. 'Katniss' dunia sebenar ni berasal dari Rusia. 






Walaupun 'Katniss' Rusia ni taklah secomel-berisi-menggiurkan seperti Jennifer Lawrence, tapi satu markah aku berikan sebab dia merupakan seorang 'ginger'.

 Satu lagi fetish aku? Huh.

18.6.12

The Unsung Heroes.

OK. Sebenarnya, tajuk post agak kurang tepat untuk mendefinisikan subjek untuk post aku kali ni.

Well, what the hell.

Aku, sebenarnya seorang yang sangat-sangat meraikan muzik. Lebih-lebih lagi muzik dari artis/bukan artis tempatan yang berbakat.

Ya, yang berbakat.

Dulu, (tak terlalu lama, maksud aku dua ke empat tahun lepas.) muzik 'Indie' memang betul-betul dapat sambutan di Malaysia. Yuna (?), Hujan, Couple dan lain-lain memang sangat diraikan. Fenomena 'gig' dan 'underground' semacam dapat sambutan baru. Aku jadi sedikit seronok dapat dengar lagu-lagu berkualiti dari artis/bukan artis berbakat dari Malaysia.

Senyum.

Kemudian, memperkenalkan, Najwa Latif. Najwa Latif boleh dianggap fenomena di Malaysia. Yuna 2.0? Entahlah. Lebih kurang macam tu lah cerita orang ramai. Mula dapat sambutan dengan post video 'cover' di YouTube, kemudian mula rakam lagu sendiri. Tapi, secara peribadi (bukan mengkritik, cuma memilih.) aku sangat tak gemarkan lagu-lagu Najwa Latif. Lebih-lebih lagi lagu-lagu tulisan dia sendiri. Pada aku, lagu-lagu tulisan dia sendiri, liriknya memang mudah tapi terlalu mudah dan terlalu amatur. Sedikit kebudak-budakan, mungkin.

Sekarang, Daiyan Trisya pula dapat nama selepas post video-video cover di YouTube. Juga, pada aku secara peribadi (sekali lagi, bukan mengkritik, cuma memilih.) aku sangat-sangat tak gemarkan lagu dan juga persembahan dia. Entahlah, mungkin pada aku, dia di tahap 'OK' saja. terserah kamu untuk memilih dan menilai.

Jelas, 'kuasa' YouTube memang bukan boleh buat main. "Cuma perlukan 15 minit, semua orang boleh jadi terkenal" (in 15 minutes everybody will be famous - Andy Warhol.). Kurang daripada tu, sebenarnya. 

3 minit. Itu saja.

Jadi, aku berhajat untuk jadikan seorang 'artis YouTube' ni terkenal. Mungkin kamu semua boleh join aku dan bantu dia jadi terkenal untuk betul-betul menambah seorang lagi artis/bukan artis yang berbakat dari Malaysia. Bukan apa, supaya aku boleh enjoy muzik yang betul-betul berkualiti. Tu saja.

Memperkenalkan, 'takaharasuiko' (aku sendiri kurang pasti apa nama sebenar dia.)

Pada aku, dia memang seorang yang sangat-sangat berbakat. Suara bagus, edit video dengan 'kemas' (?), dan betul-betul boleh bermain muzik. Boleh menulis lagu, mungkin? Tapi sayang, dia sangat-sangat 'underrated' oleh 'YouTube-fags'

Tolong dia jadi terkenal. 'Project Takahara-Fame'. Ni salah satu contoh bakat dia. Enjoy.








Berbakat, bukan?

16.6.12

Cool Story Brahh...

Aku secara peribadi, sebenarnya, tak berapa suka menggunakan ayat tersebut. Pada aku, setiap orang ada hak untuk cerita hal masing-masing kepada sesiapa pun. Tinggal lagi, sebagai pendengar, terpulang pada kamu untuk terima atau tidak cerita yang disampaikan. 

Itu, pandangan sempit aku suatu masa dulu. Sehinggalah...


Orang Yang Dikenali (OYD) : Bro, kau tahu tak?

Aku Bole Terbang (ABT) : Tahu apa?
 
OYD : Aku pergi kedai N*ke kat mall semalam. Diorang dah keluarkan 'range' EURO 2012.

ABT  : Yeah?  (Separa berminat.)

OYD : Yeah! Nice jugak. Tapi mahal gila lah. Dalam RM 300 jugak satu.

ABT  : Yeah. Memang mahal pun. Kau nak join tak kitorang ni? Siap cepat.

OYD : Aku join. Kejap, aku siap.

OYD keluarkan salah satu baju dari siri EURO 2012 N*ke yang dia sebutkan tadi, dan terus pakai.

ABT  : What the...Cool story brahh.  (Dalam hati, sebagai menjaga perasaan.)


Kamu faham maksud aku? Buka cerita yang melampau untuk tarik minat orang supaya orang jadi terkinja-kinja dan kau boleh berbangga dengan benda yang sangat trivial.

Ini lah salah satu waktu yang paling sesuai untuk gunakan frasa, "Cool story brahh..."

15.6.12

Kalau Tuan Bijak Bestari, Sila Jawab Soalan Ini.

Aku seronok dengan tajuk post yang seakan-akan penutup untuk pantun zaman sekolah dulu.

Abaikan.

Sebenarnya, aku bukanlah seorang yang sangat bijak. Taklah bodoh, bukanlah bebal dan tak jugak bangang. Cuma, berbanding dengan aku dari segi luaran (?), aku bukanlah amat bijak macam disangka. Banyak soalan-soalan yang aku selalu terfikir dari dulu lagi, yang aku percaya orang kebanyakan (aku pun tak faham apa yang aku maksudkan dengan ayat ni.) boleh jawab dengan mudah.

'Kalau tuan bijak bestari, sila jawab soalan-soalan ini.'

1. Is (500) Days of Summer a Good Movie?

Ini memang aku tak faham. Aku sendiri tak tahu kenapa aku tak faham. Aku sendiri tak faham apa yang aku tak faham. Bukanlah aku bebal, aku tak faham jalan ceritanya. Cuma, aku tak tahu samada cerita ni cerita yang bagus, atau sekadar 'OK' saja, cuma aku bersetuju ia cerita yang bagus untuk bersetuju dengan pendapat orang ramai.


2. Apa SEBENAR-BENARNYA Matrix Dalam Filem 'The Matrix'?

Aku sendiri dah tonton ketiga-tiga francais filem ni ; 'The Matrix', The Disappointing 'The Matrix Reloaded' dan The Further Disappointing 'The Matrix Revolution'. Kali ni, mungkin salah aku. Mungkin, aku sebenarnya yang bebal dalam bab maksud, watak, karekter, latar belakang dan pengaruh cerita 'The Matrix' ni. Aku cuma faham, yang Matrix dalam 'The Matrix' tu adalah program gila yang terpapar di komputer Neo di awal-awal cerita yang membuatkan Neo jadi obses untuk tahu dan kaji lebih lanjut lagi, "What the fuck is this Matrix thing?".


3. Adakah Hang Tuah dan Hang Berlima Keseluruhannya Wujud?

'Takkan Melayu hilang di dunia'. Tulah yang tak habis-habis disorakkan oleh pak-pak menteri daripada parti pemerintah sekarang. Ya, kepada yang belum tahu lagi. Ayat tu dijadikan terkenal sebab Hang Tuah 'didakwa' melaungkan ayat tu 'suatu masa dulu'. Bila suatu masa dulu, aku sendiri tak tahu sebab aku sendiri tak tahu samada wujud atau tak Hang Tuah dan Hang Berempat yang lain.


4. Adakah Julia Roberts, Cameron Diaz dan Sarah Jessica Parker Lawa?

Sama macam persoalan tentang cerita '(500) Days of Summer' tadi, aku bingung. Pada sama sekali tak nampak sebarang tarikan seksual (sexual attraction?) dari mereka bertiga. Perlu diingatkan, aku lelaki tulen yang sanga-sangat gemarkan perempuan. Ehem.


5. Kenapa Ada Mat Rempit?

Kalau ada di antara kamu yang memang Mat Rempit, aku tak akan minta maaf. Aku, secara peribadi dan intelektualnya, tak faham kewujudan Mat Rempit dan tak nampak sebarang fungsi atau kebaikan wujudnya golongan Mat Rempit yang mana sangat-sangat membantu melahirkan Mat Shuffle yang juga bagi aku, secara peribadi dan intelektualnya, tiada kepentingan di Malaysia dan muka bumi ni selain menjadi idea dan bahan marah orang ramai.


Aku rasa, cukuplah 5 soalan ni dulu. Yang lain-lain, mungkin aku boleh fikirkan jawapannya kalau diberi masa yang cukup. Kalau kamu tahu, tolong jawab soalan-soalan ni. Anggaplah ni keterbalikan untuk segmen 'Tanya Abang MM' dari blog terkenal 'Aku Tak Peduli'. Kalau kamu mahu, kamu boleh tanya dia. Mungkin, 'Abang MM' kamu boleh tolong?

12.6.12

TROLOLOLOL...Dan Sejarahnya.

Eduard Khil, atau lebih dikenali sebagai 'The Trololo Guy' dalam dunia internet. Video asalnya, 'I Am So Happy To Finally Be Back Home' (?) membuatkan dia terkenal sebagai apa yang dikenali sebagai, 'Troll Face' sekarang.

Tujuan aku post video ni bukan apa, cuma aku baru dapat tahu yang 'Bapa Troll' (??) ni baru sahaja meninggal pada 4 Jun yang lepas.

Tak, aku bukan sedang troll-ing kamu semua. Memang dia sudah mati 4 Jun yang lepas.

Jadi, sebagai tribut untuk 'Bapa Troll' (???), aku post video 'Trololo Sing Along' untuk kamu semua nyanyi bersama.



 



Untuk lirik dan maksud (????) sebenar lagu ni, klik sini.



(Aku tahu memang aku 'sedikit' aktif menulis sehari dua ni. Yang mana membuatkan aku sedikit yakin yang benda ni bakal jadi hangat-hangat tahi ayam. Harap-harap tidak. hmmpphh.)

Lelaki Jadian.

Tak. Aku bukan maksudkan perempuan bertukar jadi lelaki bila bulan mengambang. Maksud aku, 'from boys to man'.

(Tiba-tiba terasa sedikit nostalgik. Kenapa ya?)

Abaikan.

Ada beberapa perkara, pada aku, seorang lelaki PERLU, kalau tidak wajib, alami sebelum dia yakin dia adalah seorang lelaki yang sah atau tulen. Tak, aku bukannya mahu jadi the next Barney Stinson dengan buku 'The Bro-Code'-nya (yang mana pada aku adalah sangat ironi kerana Neil Patrick Harris adalah seorang yang as gay as the Village People.). Cuma aku rasa, ada beberapa perkara yang aku rasa relevan untuk aku kongsi. Sekurang-kurangnya, perkara yang aku alami sebelum aku yakin aku adalah seorang lelaki yang tulen.



SANGSI ORIENTASI SEKS.

Ini, pada aku, adalah perkara yang paling penting, dan harus untuk semua lelaki alami. Kenapa? Sebab kalau kamu tak pernah sangsi dengan orientasi seks kamu walaupun sekali, bermaksud kamu tak kisah dengan orientasi seks kamu, yang mana bermaksud kamu boleh gembira menjadi 'Gay' (yang mana juga bermaksud 'gembira'.).

Fasa yang paling penting adalah fasa berikutnya. Iaitu betul-betul memastikan orientasi seks kamu. Antara cara yang terbaik, macam Ray Romano katakan dalam sitkomnya 'Everybody Loves Raymond', "You wonders, you saw a boobs, you walk into a wall, and there you go."

Perlu aku jelaskan, aku bukanlah seorang yang 100% homofobia. Cuma aku tak setuju dengan frasa yang selalu digunakan oleh golongan LGBT iaitu 'born this way'. Tak, gay tak memilih kamu, Kamu yang memilih untuk jadi gay. Tapi, aku tiada masalah dengan golongan gay. Aku boleh berkawan dengan mereka, selagi mana mereka tak 'mencabul' hak aku sebagai lelaki tulen.



MENANGIS.

Kamu tak perlulah menangis waktu tonton cerita/drama Korea dengan teman wanita kamu. Bukan itu yang aku maksudkan. Maksud aku, 'manly tears'.

Aku tahu, frasa 'lelaki hanya menangis tiga kali seumur hidupnya' (a man only cries 3 times in his life.). Pada aku, frasa tu tak betul. 3 kali? Pfft.

Lelaki BOLEH, dan harus menangis. TAPI, atas situasi-situasi yang dibenarkan. Sebagai contoh :

1) Kematian ibu, bapa atau mana-mana ahli keluarga.
2) Ikon sukan yang lagenda bersara.
3) Kematian orang yang disayangi.
4) Menonton salah satu filem berikut -
    i)  Braveheart.
    ii) Gladiators.
    iii) Intouchables.
    - Atau mana-mana filem yang mempunyai genre yang sama dan bukannya 'The Notebook'.
5) Kelahiran anak pertama. (?)

Ada beberapa situasi yang selalu disalahguna oleh orang ramai untuk menangis dan untuk menjustifikasi tindakannya untuk menangis. Antaranya :

1) Boston Celtic kalah di tangan Miami Heat pada Conference Finals 2012.
2) Seorang lelaki lain meminta ditenangkan oleh kamu.
3) Bila kamu tak dapat apa yang kamu inginkan. Sebagai contoh, warna kereta idaman.
4) Bila kamu kecewa. Sebagai contoh, ditinggalkan kekasih.





MENGELUARKAN WANG DI MEJA MAKAN.

Aku sendiri kurang pasti dengan situasi ni. Apabila sekumpulan lelaki bersetuju untuk keluar makan, aku pasti, tiada seorang pun yang berstuju pada awal-awal lagi untuk membayar sejumlah besar daripada total perbelanjaan makan pada waktu itu. Tapi, secara automatik, mereka akan berbuat demikian.

Sebagai contoh, kamu mengajak dua orang rakan kamu keluar makan di 'Pelati Nasi Kandar' (bukan typo, memang aku sengaja eja begitu.). Aku yakin, aku langsung tak pernah kata, "Takpe, aku bayar." Tapi, selesai makan, bila ingin membayar, kamu akan jadi rasa bertanggung jawab, walaupun berat, untuk membayar kalau tak semua, sebahagian besar dari jumlah perbelanjaan tu. Dan secara automatik juga, rakan kamu yang berdua langsung tidak rasa tergerak untuk bertanya berapa harus dibayar atau berpura-pura ingin mengambil dompet dari poket belakang walhal memang sedari awal dah meninggalkan dompet di rumah.

Lain pula hanya dengan perempuan. Kalau mereka keluar bertiga untuk makan, mereka akan bahagikan, secara tepat, jumlah perbelanjaan tersebut kepada tiga bahagian, lengkap dengan sen-nya sekali.


Cukuplah pada aku, untuk bahagian I post kali ni. Aku ada urusan lain. Ya, aku akan sambung lagi dengan bahagian II (mungkin.) bila aku ada waktu dan idea.

Oh, hampir terlupa membawa dompet.

10.6.12

I Am Neurotic. And So Are You.

Left And Right.

"Whenever the left side of my body part (shoulder, hand, knee etc.) hit something, I will turn and use my right side of the same part of the body to hit that same thing and vice versa."






Kamu neurotik/OCD? Tulis di sini.

Stereotaip.

Sebelum ramai orang cuba jadi terlebih bijak dengan andaian dan maksud yang tersendiri, aku cuma nak beritahu yang 'stereotyping' dengan 'judgemental' adalah dua benda yang SANGAT JAUH berbeza.

Dalam kebanyakan cerita-cerita komedi di barat, stereotaip selalu dikaitkan dengan lawak perkauman (racism). Antara pelawak yang paling gemar gunakan lawak perkauman ialah Russell Peters dan Maz Jobrani. Kedua-duanya memang sangat kelakar, dan pada aku Russell Peters adalah seorang genius.

Antara stereotaip yang paling selalu digunakan adalah 

1) Orang Asia di Amerika adalah pemandu yang teruk.
2) Orang India di Amerika sebagai pekerja cukai (IRS), genius komputer dan golongan tak berduit.
3) Orang Yahudi adalah golongan yang paling berkira dalam hal-hal berkaitan dengan duit.
4) Arab/Timur Tengah = Perang/Tak pernah aman.

Tapi, kelmarin aku terjumpa di salah satu laman web kegemaran aku, stereotaip yang paling kerap orang terlepas pandang. Agak kelakar, cuma aku teringin sangat tahu sejauh mana kebenaran stereotaip ni. Pada mat-mat dan minah-minah 'drama tak senonoh', mungkin kamu boleh tolong aku.







Pandangan kamu?







(laporan asal di www.cavemancircus.com)

9.6.12

Tak Kekal.

Aku mintak maaf kalau tajuk post agak 'misleading'. Aku bukan maksudkan unsur-unsur jiwang. Apa yang aku maksudkan dengan 'tak kekal' adalah wajah blog ni.

Aku jamin, akan berubah dalam masa terdekat.

'Pertama.'

Aku letakkan '  ' pada tajuk sebab secara teknikalnya, ini bukanlah post pertama aku dalam blog.

Aku pernah menulis di bawah pseudo lain.
 

Copyright 2010. All rights reserved.

RSS Feed. This blog is proudly powered by Blogger and uses Modern Clix, a theme by Rodrigo Galindez. Modern Clix blogger template by Introblogger.