Archives

31.12.12

Google Yang Pervert.

Google merupakan enjin carian utama aku. Dan aku yakin, bukan aku seorang saja.

Macam-macam perkara aku gunakan. Dari assignment, hingga lah ke tarikh hari lahir Charles Bukowski. Semuanya berjaya (separuh, dan sepenuhnya) ihsan En. Google. Untuk itu, sangat-sangat berterima kasih kepada semua kaki tangan yang telah menjayakan Google sejak 1998 lagi. Tahniah, dan terima kasih kepada kalian semua.

Cuma, aku perasan beberapa ketika dulu, yang pengendali antara muka (interface) dan pusat data dan server Google membuatkan aku tertanya-tanya pasal mereka. 

'Adakah mereka mempunyai fetish kaki?'.

Aku pertama kalinya perasan perkara ni, semasa aku sedang mencari gambar 'Aimee Garcia' (mind you, she is too cute to be a fap material, and I don't fap. I need 'it'), salah seorang pelakon dari siri TV kegemaran aku, Dexter. Bila aku membuat carian di 'Google image', aku perasan yang di ruangan 'kaitan' (related searches), muncul benda ni :



Aku masih tak puas hati. Aku teruskan 'kajian' dan carian aku, menggunakan 'subjek' lain. Aku pilih, 'Rebecca Romijn' (I mean, if you want to search something, might as well makes it worth you while). Perkara yang sama muncul. 





Jadi, sekali lagi ingin aku tanyakan. Adakah pengendali antara muka atau pusat data Google mempunyai fetish kaki?

Selamat Datang, 2013.

Ah, tak boleh tidur.





Selamat tahun baru, semua.

2012 + 1 = 2013.

Selamat 'bakal' tahun baru.

Tahun 2012 tinggal lagi beberapa jam untuk kita ucap 'selamat tinggal'. Aku banyak 'ketawa'. Tapi, yang 'menangis' yang lagi lama diingati.

31 Disember 2011, aku tak letakkan sebarang 'azam' untuk tahun baru. Sama macam 31 Disember tahun-tahun sebelumnya. Tapi, disebabkan cik tunang, aku berazam untuk ada azam tahun baru. Aku kena berubah untuk orang lain. Maksud aku, kemudahan orang lain. Tapi, tak semestinya perubahan tu tak dapat membantu aku, bukan?

Jadi, untuk tahun baru yang akan datang dalam beberapa jam saja lagi, aku berazam untuk :

1. Banyak membaca.

Aku suka membaca. Cuma, material bacaan tu yang menjadi persoalan. Aku banyak menghabiskan masa aku membaca berita, artikel-artikel, jurnal perubatan, jurnal kajian dan macam-macam lagi di INTERNET. Itu perlu berubah. Maksud aku, bukanlah kurangkan membaca material-material tersbut. Aku perlu menambah material bacaan aku dalam bentuk buku-buku, tak kisah autobiografi, fiksyen ataupun motivasi pembangunan diri (fancy choice of words). 

2. Belajar bahasa asing yang baru.

Waktu sekolah dulu, aku ditempatkan dalam kelas pelajar pilihan Bahasa Jepun sebagai bahasa asing. Needless to say, I never pay any attention. Aku memang tak teringin (dan tak pernah terfikir jauh kelebihan berbahsa asing) untuk tahu berdialog dalam Bahasa Jepun. Pada waktu tu, aku cuma fikir yang orang yang teringin berbahasa Jepun, cuma nerds dan kaki anime (otaku) yang akan kekal tanpa teman wanita sehingga umur 40-an. Tapi, bila dah di dunia luar, aku dah lebih dari sedar yang kebolehan berbahasa asing (Bahasa Inggeris bukan bahasa asing, orait.). Jadi, untuk tahun akan datang, aku berazam untuk belajar bahasa asing yang baru.

3. Menulis.

Sebenarnya, aku memang sangat minat bidang penulisan. Aku memang sangat-sangat teringin untuk menulis novel. Tapi, bukan novel-novel bull-crap macam novel-novel cinta mat rempit. Tapi buku-buku seperi 'Wild', karangan Ceryl Strayed, 'Hector & The Search For Happiness' karangan Francoise Lelord. Aku sebenarnya cemburu dengan orang-orang yang mahir dalam penulisan kreatif. Jadi, sebagai untuk membuatkan aku jadi lebih mahir dan kreatif dalam menulis, aku perlu banyakkan membaca (azam no 1) dan mahir dalam satu bahasa asing yang baru (azam no 2) untuk lebih memantapkan penulisan.

4. Self control.

Aku sebenarnya ada sedikit masalah dengan isu sabar. Aku orang yang sedikit kurang sabar, dan kebanyakan masa nya bila isu tu melebihi tahap kawal diri aku, mulut aku akan jadi lebih 'proaktif' berbanding otak dan itu akan jadi satu isu yang lebih besar. Jadi, untuk tahun baru, more zen, less anger.



Aku rasa, tak perlu banyak. Biar sikit, asalkan realistik dan boleh dicapai. Jadi, selamat 'bakal' tahun baru untuk semua.

27.12.12

'Material Greed', Is A 'Legit Religion'.

Mempunyai harta yang banyak, handphone yang canggih, gadget yang terkini, beg yang mahal, kasut yang banyak, kereta yang mewah, rumah yang besar dan barang kemas yang beribu ringgit, boleh dianggap sebagai tahap 'keimanan' seseorang untuk 'agama' yang kurang disedari orang.

Agama 'Materialist'.

Think about it. Ia ada 'Tuhan' = Harta. Rumah ibadat = bank dan pusat beli belah. Ibadat = menggayakan harta. Pengikut yang ramai. 'Dosa' dan 'pahala' = Handphone yang paling baru dan gadget yang paling canggih, kamu tak perlu segan 'berdosa'. Handphone yang lekeh dan tidak mempunyai barang kemas yang paling mahal, kamu perlu malu kerana kurang 'berpahala'.

Paling penting, agama 'Materialist' ni makin bertambah pengikutnya dari hari ke sehari. Beruzlah 8 jam sehari di tempat kerja belum dikira mencukupi. Perlu 'berzikir' lebih masa untuk harta yang lebih. Perlu 'qiamullail', korbankan tidur untuk wang yang banyak. Sakit? Bukan alasan. Boleh 'beribadat' di depan laptop jika tidak boleh ke pejabat.

Religion, nation and festive aside, this video message should applied to everybody.






He's got a point, and I'm not wishing anybody Merry Christmas.

But a happy new year is in order for everybody.

26.12.12

Lee Listens To #10 : Matt And Kim - Lessons Learned.

 
I've learned mine. Have you?
 
 



Older Doesn't ALWAYS Mean Wiser.

But in this case, it does.





Deep, deep words from a little child. This is one of the many reasons why we shouldn't let a child 'grow up'.

Not literally, of course.

25.12.12

22.12.12

Post-Apocalypse's Post.

Biggest winner, we are.




Lives in two millenium.

Survive the 'apocalypse'.

Witnesses the death of cord, and the birth of 'wireless'.

Lives comfortably without handphone. Lives comfortably with handphone.

Experience Kodak and digital camera first hand.

Yet to see zombies.
 



"New Instagram policy sucks-ass."

Fuck you, whiny bitch.

18.12.12

First World Problem : Gay Marriages.

Haha...F**king genius. It's like the case of vegetarian-non vegetarian relationship. 

But still, I'm in NO WAY approving and accepting gay marriages. Call me homophobic, but it is is no way normal.



14.12.12

Manuel 'Dexter' Pardo.

Aku, selain mengikuti dengan tegar dan penuh taat setia siri tv 'Breaking Bad', aku juga merupakan pengikut siri tv 'Dexter'. What can I say. I'm a 'badass' to the bone.

Badass la sangat.

Bagi yang juga mengikuti siri tv ni, memang arif sangat la perihal cerita tersebut. Bagi yang alah dengan siri tv, 'Dexter' mengisahkan seorang lab-tech yang bekerja dengan Miami Police Department, dan juga merupakan seorang vigilante ala-ala Batman dan Spiderman, tetapi dia memilih untuk membunuh pesalah-pesalah undang-undang yang dipilih.

Sebenarna, aku tiada masalah dengan pilihan dia. Sebab, aku rasakan apa yang dia buat tu mungkin kurang betul tapi tak salah. Seperti juga apa yang dilakukan oleh Manuel Pardo; Dexter Morgan di dunia sebenar. Manuel merupakan seorang (bekas) polis yang mana pernah bekerja di Miami Police Department. Cumanya, dia memang seorang polis, dan bukannya seorang lab-tech. Manuel didapati bersalah membunuh 9 orang pesalah undang-undang kerana dia merasakan mereka ni, terutamanya penjual dan pengedar dadah, tak layak untuk hidup di muka bumi ni.

Mendiang Manuel Pardo telah dijalankan hukuman bunuh dengan suntikan pada 11 Diesember lepas. 
 



Laporan asal di sini.

12.12.12

Hari Ini.



12.12.12

Just how many people get married today, I genuinely wanted to know.

5.12.12

Technology Took Another Life.

Teknologi.

I don't despise technology. But what pisses me off the most is when I  heard people, especially my girlfriend, says she can't live without technology, especially their/her phone or iPad. I f**king hate hearing that.

Ini video yang aku terjumpa di YouTube. Aku rasa, semua orang patut dengar dan faham sejauh mana praktikalnya teknologi dan laman 'sosial' dalam kehidupan seharian kita.

Technology ruins humanity.





 

Copyright 2010. All rights reserved.

RSS Feed. This blog is proudly powered by Blogger and uses Modern Clix, a theme by Rodrigo Galindez. Modern Clix blogger template by Introblogger.