Menarik?

15.6.12

Kalau Tuan Bijak Bestari, Sila Jawab Soalan Ini.

Aku seronok dengan tajuk post yang seakan-akan penutup untuk pantun zaman sekolah dulu.

Abaikan.

Sebenarnya, aku bukanlah seorang yang sangat bijak. Taklah bodoh, bukanlah bebal dan tak jugak bangang. Cuma, berbanding dengan aku dari segi luaran (?), aku bukanlah amat bijak macam disangka. Banyak soalan-soalan yang aku selalu terfikir dari dulu lagi, yang aku percaya orang kebanyakan (aku pun tak faham apa yang aku maksudkan dengan ayat ni.) boleh jawab dengan mudah.

'Kalau tuan bijak bestari, sila jawab soalan-soalan ini.'

1. Is (500) Days of Summer a Good Movie?

Ini memang aku tak faham. Aku sendiri tak tahu kenapa aku tak faham. Aku sendiri tak faham apa yang aku tak faham. Bukanlah aku bebal, aku tak faham jalan ceritanya. Cuma, aku tak tahu samada cerita ni cerita yang bagus, atau sekadar 'OK' saja, cuma aku bersetuju ia cerita yang bagus untuk bersetuju dengan pendapat orang ramai.


2. Apa SEBENAR-BENARNYA Matrix Dalam Filem 'The Matrix'?

Aku sendiri dah tonton ketiga-tiga francais filem ni ; 'The Matrix', The Disappointing 'The Matrix Reloaded' dan The Further Disappointing 'The Matrix Revolution'. Kali ni, mungkin salah aku. Mungkin, aku sebenarnya yang bebal dalam bab maksud, watak, karekter, latar belakang dan pengaruh cerita 'The Matrix' ni. Aku cuma faham, yang Matrix dalam 'The Matrix' tu adalah program gila yang terpapar di komputer Neo di awal-awal cerita yang membuatkan Neo jadi obses untuk tahu dan kaji lebih lanjut lagi, "What the fuck is this Matrix thing?".


3. Adakah Hang Tuah dan Hang Berlima Keseluruhannya Wujud?

'Takkan Melayu hilang di dunia'. Tulah yang tak habis-habis disorakkan oleh pak-pak menteri daripada parti pemerintah sekarang. Ya, kepada yang belum tahu lagi. Ayat tu dijadikan terkenal sebab Hang Tuah 'didakwa' melaungkan ayat tu 'suatu masa dulu'. Bila suatu masa dulu, aku sendiri tak tahu sebab aku sendiri tak tahu samada wujud atau tak Hang Tuah dan Hang Berempat yang lain.


4. Adakah Julia Roberts, Cameron Diaz dan Sarah Jessica Parker Lawa?

Sama macam persoalan tentang cerita '(500) Days of Summer' tadi, aku bingung. Pada sama sekali tak nampak sebarang tarikan seksual (sexual attraction?) dari mereka bertiga. Perlu diingatkan, aku lelaki tulen yang sanga-sangat gemarkan perempuan. Ehem.


5. Kenapa Ada Mat Rempit?

Kalau ada di antara kamu yang memang Mat Rempit, aku tak akan minta maaf. Aku, secara peribadi dan intelektualnya, tak faham kewujudan Mat Rempit dan tak nampak sebarang fungsi atau kebaikan wujudnya golongan Mat Rempit yang mana sangat-sangat membantu melahirkan Mat Shuffle yang juga bagi aku, secara peribadi dan intelektualnya, tiada kepentingan di Malaysia dan muka bumi ni selain menjadi idea dan bahan marah orang ramai.


Aku rasa, cukuplah 5 soalan ni dulu. Yang lain-lain, mungkin aku boleh fikirkan jawapannya kalau diberi masa yang cukup. Kalau kamu tahu, tolong jawab soalan-soalan ni. Anggaplah ni keterbalikan untuk segmen 'Tanya Abang MM' dari blog terkenal 'Aku Tak Peduli'. Kalau kamu mahu, kamu boleh tanya dia. Mungkin, 'Abang MM' kamu boleh tolong?

No comments:

Post a Comment

 

Copyright 2010. All rights reserved.

RSS Feed. This blog is proudly powered by Blogger and uses Modern Clix, a theme by Rodrigo Galindez. Modern Clix blogger template by Introblogger.