Archives

23.10.12

Rekod Dunia : Adik Beradik Paling Ramai.

Pagi tadi, kat kedai, aku dah pun menjadi saksi first hand of new world record being set. It was by none other, one the greatest man alive. Ayah. 

Pagi tadi, waktu sarapan, seorang lelaki order air the o ais.

Lelaki : Beghapa ghinggit? ("Berapa ringgit" dengan loghat utara yang keras.)

Penjual : Seringgit setengah.

Aku nampak mata ayah macam berkaca, bersinar-sinar macam ibu bagi izin kahwin satu lagi. Ayah tegur lelaki tu, bersembang agak lama, salam, dan balik.

Dalam kereta, ayah masih tak berhenti senyum. 

"Siapa tadi? Kawan sekolah ke?", tanya aku.

Ayah jawab selamba dan ringkas. "Adik beradik."






Aku dapat rasakan walau kat mana pun ayah duduk, 19 tahun kat JB, ayah still is a kampung boy at heart.

I'm proud of that.

21.10.12

Nama Saya Bond, Jamal Bond.

Ni adalah sekiranya pengarah atau produser di Malaysia berhajat me-1-Malaysia-kan James Bond seperti mereka pernah me-Malaysia-kan Mr. Bean menjadi Mr. Kacang.

Kanak-kanak 90-an WAJIB tau.

Aku rasa iklan dan promosi ni adalah sangat cool dan aku harap ianya ada di Malaysia, tapi bukan di KL Sentral. Mungkin di KLIA atau pusat membeli-belah yang kurang serabut.

Nah, Jamal Bond-hopefuls.



This Is All Kind Of Wrong Monday.

Ah, aku dah terlalu lama tak menulis.

Janggal.

Sebenarnya, aku ada masalah teknikal dan juga kesibukan yang teramat. I'll be having official-cik-tunang in the not so near future, insyaALLAH.

Haha.

Sebenarnya, aku cuma nak meluahkan perasaan hairan dan terkejut terhadap satu iklan di radio di Malaysia. Iklan tu bukanlah iklan yang baru, dan rasa hairan tu bukan juga sesuatu yang baru. Cuma aku baru dapat kongsi dengan kamu semua lepas selesai kerja-kerja lain yang jauh lebih besar.

Aku terdengar iklan tu pertama kalinya aku sendiri tak pasti bila. Cumanya, yang terbaru adalah baru-baru ni sewaktu aku sedang dalam perjalanan ke Kelana Jaya dari Shah Alam. Lebih kurang 8.30 pagi, kalau tak silap aku. Jadi orang Lembah Klang pun tahu betapa haram jadahnya trafik pada waktu tu. Aku dengar red.fm

Ada dua watak utama dalam iklan tersebut. nurse (misi), dan doktor. Dengar pada awalnya, konon-kononnya mereka dalam keadaan yang genting dan emergency. Cumanya, yang jadi menarik perhatian aku adalah bila perbualan kedua watak tersebut jadi seolah-olah si doktor sedang 'dilayan' oleh misi tersebut dalam keadaan yang kurang menyenangkan untuk didengar oleh pendengar Malaysia.

MUNGKIN, aku yang berfikiran kotor tak bertempat. Duhh... Tapi aku yakin bukan aku seorang yang berfikiran macam tu. Ada satu tahap, di mana perbualan mereka jadi,

Doctor : Nurse, you think I need to push in more?

Nurse : (Calmly) Yes!

Doctor : More? Harder?

Nurse : (Excited, pre-moaning) Oh, yes!

Doctor : More?

Nurse : (High in moaning) Yes, yes, yes!

See? Aku sangat-sangat yakin bukan aku seorang sahaja yang berfikiran bukan-bukan dan aneh. Ramai lagi orang lain yang terfikirkan perkara yang sama, cuma mereka kurang teringin untuk bercerita atau berkongsi.

And that's folks, is why today's post title is 'This Is All Kind Of Wrong Monday'.

Thank you.
 

Copyright 2010. All rights reserved.

RSS Feed. This blog is proudly powered by Blogger and uses Modern Clix, a theme by Rodrigo Galindez. Modern Clix blogger template by Introblogger.