Archives

29.11.12

A Good Band Name, Perhaps.

I came up with a good band name. At least, I think it's good.

It's "Brother from Another Martyr".

Get it?

Use it for your band. I know you like it

28.11.12

My Eyes...Arghh

I've been looking at some 'nasty' video.

'Nasty', I said. 




This dude have been upping his ante like mad.

Dedikasi.

Cuma, adakah dedikasi tahap sebegini bermakna?

Still, I think it's awesome.



27.11.12

Bukan Blogger Yang Bagus.

Aku bukanlah seorang penulis blog yang bagus.

Dan bila aku tulis macam tu, aku bukanlah maksudkan yang diri aku ni jahat, suka mencarut dalam entri (kadang-kadang ada. maaf.) ataupun mempermainkan agama dalam penulisan aku. Bila aku katakan aku bukanlah penulis blog yang bagus bermaksud aku tak pandai menulis.

Period.

Sejujurnya, dalam seharian, memang banyak sangat benda yang ingin aku bebelkan, ekspres dalam bentuk penulisan, dan berkongsi dengan orang. Tapi, aku selalu gagal untuk cari, konstruk dan susun ayat-ayat yang elok supaya orang lain dapat faham dan boleh meletakkan diri mereka persis dalam suasana yang aku alami dalam setiap entri yang aku ingin kongsi.

Aku sebenarnya memang sangat minat menulis. Sejujurnya, cita-cita asal aku adalah untuk menjadi seorang penulis di ruangan sukan atau untuk majalah sukan ataupun penulis sukan untuk mana-mana laman web yang ingin mengamil aku kerja. Tapi, satu perkara yang membuatkan aku sedikit ralat untuk meneruskan cita-cita aku tu ialah penulis sukan di Malaysia sangat-sangat tidak dihargai pandangan mereka. Daripada pengalaman aku secara peribadi, aku dapati pembaca dan peminat sukan di Malaysia merasakan diri mereka jauh lebih berkebolehan dan genius dalam menganalisa dan menguruskan satu-satu badan sukan walhal cuma pernah terlibat dengan satu-satu sukan itu selama satu tahun sahaja ketika di sekolah rendah dahulu. Cis.

 Kadang-kadang, kerana aku terlalu ingin sangat menulis dan inginkan orang lain tahu apa yang aku fikirkan tentang satu-satu perkara, aku akan buka artikel-artikel di Yahoo! Malaysia dan tinggalkan komen-komen mengkritik (macam bagus sangat. cis.) dan menyokong mana-mana orang yang turut meninggalkan komen mereka di artikel tersebut. Aku akan jadi sangat teruja untuk menunggu thumbs up dan komen balas, dan akan sentiasa memeriksa notifikasi setiap 30 minit hingga satu jam. Lame.

Secara peribadi, pada aku seorang penulis blog yang abgus adalah seperti Redza Minhat dan Maria Elena. Kamu pernah baca blog mereka? Aku merasakan mereka adalah penulis blog yang bagus kerana kalau kamu lihat blog mereka, kamu akan dapati mereka memang betul-betul menulis blog, dan bukannya membiarkan blog mereka dipenuhi oleh iklan-iklan dari nuffnag. Penulis blog yang bagus sebenarnya bukanlah diukur dari peminat dan pengikut blog yang berjumlah hingga puluhan ribu. Itu adalah penulis blog yang terkenal, dan bukannya yang bagus.

Aku harap, aku akan jadi lebih lagi kreatif dan bijak memilih, menyusun dan menapis penulisan supaya dapat hasilkan penulisan yang bagus, bermanfaat dan kurang membosankan orang yang membaca.

Berusaha.

24.11.12

My Childhood Thanks You A Lot.

 
Where I learn my 'ABC' and '123'.








Bigger loss than the loss of Steve Jobs. Thank you, Emily.

(Laporan asal di Huffington Post.)

21.11.12

Lee Listens To #8 : Birdy - Skinny Love

The original song is by Bon Iver. But I like Birdy's rendition better, like I like Ellie Goulding singing Elton John's original 'Your song'.

It's good.





...and I think she's cute.

19.11.12

Bukan Scene Dari Filem Rajnikanth Atau Farid Kamil.

Kamu kata scene dari filem-filem Rajnikanth adalah mengarut as fuck, and you can never brain any of it.

Take this as a remedy.

Even them Chinese rated this movie as 'Made in China'.



Look What I Found On The Internet. Cool Changi Airport Promo Ads.

Antara rutin harian aku tiap pagi atau tengah hari adalah semak e-mel aku, dan berita terbaru di Yahoo! Malaysia, Yahoo! UK-Ireland dan The Star Online.

Tapi hari ini, aku terjumpa sesuatu yang pada aku adalah sangat menarik dan sangat cool di Yahoo! Singapore. Walaupun benda ni memang dah banyak dibuat dan bukanlah nak dikatakan idea yang original, tetapi approach yang digunakan oleh Changi Airport, Singapore ni aku rasakan sangat cool dan sangat menarik.

Harap, KLIA dapat hasilkan sesuatu yang cool, selepas video 'flash mob' yang mereka pernah hasilkan dulu.









Lagi gambar & gambar asal di sini.

17.11.12

Iklan Keselamatan Yang Fun Dan Disturbing.

I'm sorry, but this ads is too fun and cheerful; albeit disturbing; not to share.

And PLEASE, don't try this at home.





But In All Seriousness...




...if I ever came across a group or a team of medical people, doing this in front of a lift or in a hallway, I will f**k them, and I will f**k them up real good.

 F this S. Why can't all doctors be more like this. It will only make Mondays bearable.




 ...ahhh

12.11.12

Dunia Yang Kita Duduki. (Bahagian 2)

Oh, baru tersedar yang sambungan entri ini sudah lama aku abaikan. Masa untuk menyambung 'rant' aku.

Pendidikan.

Tolonglah. Tolonglah akui yang tahap pendidikan dan silibus yang diperkenalkan di sekolah-sekolah kebangsaan di Malaysia adalah sangat-sangat menyedihkan dan berada di tahap yang kritikal.

Perkara ni, menjadi sangat-sangat ketara dan terasa kesannya bila pelajar-pelajar Malaysia melanjutkan pelajaran di universiti swasta, dan universiti di luar negara. Pada umur yang sama diperkenalkan pelajar-pelajar Malaysia dengan alam universiti, mereka sebenarnya terpaksa berusaha lebih keras berbanding pelajar-pelajar dari negara membangun -- bukan negara maju -- yang lain.

Memang sangat terasa. mereka yang kurang menyertai study-group semasa bersama dengan pelajar luar negara mungkin tidak peka dengan perihal ni. Tapi, bagi mereka yang menyertai study-group bersama pelajar dari negara lain, mereka akan terasa sangat kerdil, dan seolah-olah jauh ketinggalan dari segi kematangan mental, terutamanya dalam pelajaran walaupun duduk dalam tahun pengajian yang sama.

Mungkin kerana silibus pembelajaran sekolah-sekolah kebangsaan di Malaysia dikawal oleh badan lain, tetapi langkah-langkah 'luar' perlu diambil. Dan langkah 'luar' yang paling utama yang perlu diambil tindakan segera adalah mengawal pusat tuisyen dan sistem Sekolah Berasrama Penuh yang mana bersistem-kan 'exam-oriented'. Pada mereka, 'kejayaan' diukur dengan seberapa bagus keputusan kamu dalam peperiksaan PMR atau SPM.

Silap besar.

Aku harap, KPM dan mereka yang terlibat secara langsung dan tidak langsung dapat sama-sama membantu memajukan taraf pendidikan di Malaysia.

Lee Listens To #7 : Queen - Live At Wembley

Farrokh Bomi Bulsara.

Also known as Freddie Mercury. One the the greatest singer ever graced the earth.

Remember that name.








Not many people gets to say, "Fuck you", and get cheered for it. 

Special, indeed.

11.11.12

Kamu Tahu Apa Yang Bodoh?

Kamu tahu apa yang bodoh?

Gagal menyembunyikan kobodohan kamu.

Kamu tahu apa yang LEBIH bodoh?

Sengaja mempertontonkan pada dunia, kebodohan kamu, dan berharap mereka bersetuju dengan kedua-dua tindakan bodoh kamu.







F*cking stupid lowlifes. If you don't have what it takes to be a better person that can contribute something useful to this world, don't drag others who have better things to do.

Fired, and cursed. No sympathy.

2.11.12

Blog Hiburan.

Tapi, blog hiburan yang aku nak cakapkan ni, bukanlah blog pasal artis-artis macam segala jenis 'Oh'-blog yang ada.

Terma 'blog hiburan' yang aku maksudkan adalah beberapa blog aku baca sebagai hiburan waktu bosan.

Banyak blog-blog terkenal yang memang kelakar abadi, yang memenag seronok dibaca. Tapi, ada blog yang mana bukan kelakar azali. Tapi kelakar sebab kerenah penulis dan pengunjung blog tu.

Sebagai contoh cantik, blog "otaklu.blogspot.com".

Penulis blog ni tulis blog untuk menunjukkan rasa marah-tak-puas-hati-kepala-hotaklu kat macam-macam benda. Dari benda sekecil-kecil layout Facebook, kepada artis-artis tempatan.

Apa yang kelakar bagi aku adalah rants dia. Memang sangat kelakar. Tak cukup dengan tu, dia tulis blog dia dalam bahasa Inggeris. Tak cukup lagi, bahasa Inggeris dia bukanlah yang terbaik. Tak cukup lagi? Grammar Nazis yang bersepah-sepah kat ruang komen cuba memperbetulkan penulisan penulis blog tu. Masih tak cukup lagi? Penyokong penulis tu yang cuba melawan Grammar Nazis tadi, juga dengan ber bahasa Inggeris. Kalau masih tak cukup lagi, bahasa Inggeris penyokong-penyokong tadi yang juga bukanlah yang terbaik.

Aku harap, penulis blog tu (kalau satu hari nanti tergerak untuk aktif semula) teruskan dengan penulisan sekarang ni. Dan kepada Grammar Nazis, jangan berputus asa. Teruskan 'cuba' memperbetulkan penulisan penulis blog tersebut. Kepada penyokong penulis tu pulak, teruskan menyokong blog tersebut. 

Sebab aku perlukan hiburan.
 

Copyright 2010. All rights reserved.

RSS Feed. This blog is proudly powered by Blogger and uses Modern Clix, a theme by Rodrigo Galindez. Modern Clix blogger template by Introblogger.