Menarik?

7.7.12

Otak Yang Tak Konsisten.

Jangan risau. Aku bukan nak bagi kamu ceramah cara-cara meningkatkan prestasi otak atau ajak kamu jadi ejen jual 'Kismis Minda Ustaz Ismail Kamus'. Kalau dah bebal tu, bebal juga. Makan kismis satu lori + tak belajar, sampai bila pun akan kekal bebal.

Aku sebenarnya kagum + berasa misterius dengan kejadian otak manusia. Aku bercakap bagi orang yang memiliki otak normal. Pada aku, kalau kamu down syndrome, dah tentu tak mampu baca entri ni.

Macam-macam kajian yang saintis + Harun Yahya (?) dah buat untuk mengkaji dan menceritakan kehebatan otak manusia. Salah satu ujian atau trivia yang dibuat adalah melalui teks 'jumbled letters'. Contoh :

"Walaupun susunan hruuf dalam ayta ini tidak bteul, kita masih mampu baca dnegan bteul."

Sebenarnya, tak perlu pun ujian atau trivia tu. Contoh terbaik boleh kita gunakan adalah kebolehan luar biasa otak kita membaca ayat-ayat SMS yang funky dari gadis-gadis sekolah atau mat rempit terlebih hidu bau petrol. Contoh :

"kaw kart maner? chur4 lew sk8."

"tlg ambl tlfn mama dkt tpi ktl blk mama. (tolong ambil telefon/handphone mama dekat tepi katil bilik mama.)."

Kat sini, aku sebenarnya nak meng-kontra kajian saintis + Harun Yahya dengan mengemukakan salah satu kelemahan otak. Kelemahan tu adalah - Intermittent failures of the brain to read as a normal people of a neutral race or ethnicity.

Biar aku terangkan. 

Sehebat-hebat otak manusia, aku sendiri tak faham kenapa KADANG-KADANG, sekiranya kita tahu bangsa atau etnik (?) satu-satu penulis tu, kita jadi terikut-ikut untuk 'menyesuaikan' diri kita dengan bangsa atau etnik (??) penulis tersebut.

Contoh.

Kamu tahu dengan sebenar-benar tahu yang 'penulis A' berasal dari Pendang, Kedah. Dia menulis satu teks yang berbunyi :

"Malam tadi aku keluar dengan Roslin pergi makan ABC di restoran sebelah balai bomba."

Kadang-kadang, otak kita gagal menapis dan mengawal diri kita dengan normal menyebabkan kita jadi nak baca teks tersebut dengan cara begini :

"Malam tadi aku keluaq dengan Roslin pi makan ABC di restoran sebelah balai bomba."

Kadang-kadang, tak cukup dengan gaya bahasa seorang Kedah, kita cuba menekankan gaya anak jati Kedah dengan emphasize bahagian baku, lebih-lebih lagi di penghujung perkataan.

Tapi, aku dapati, kebanyakan (kalau bukan semua) kes berlaku hanya apabila kamu cuba membaca tulisan tersebut secara monolog dalaman.

Sekurang-kurangnya, aku begitu. Kamu?

No comments:

Post a Comment

 

Copyright 2010. All rights reserved.

RSS Feed. This blog is proudly powered by Blogger and uses Modern Clix, a theme by Rodrigo Galindez. Modern Clix blogger template by Introblogger.