Menarik?

27.12.12

'Material Greed', Is A 'Legit Religion'.

Mempunyai harta yang banyak, handphone yang canggih, gadget yang terkini, beg yang mahal, kasut yang banyak, kereta yang mewah, rumah yang besar dan barang kemas yang beribu ringgit, boleh dianggap sebagai tahap 'keimanan' seseorang untuk 'agama' yang kurang disedari orang.

Agama 'Materialist'.

Think about it. Ia ada 'Tuhan' = Harta. Rumah ibadat = bank dan pusat beli belah. Ibadat = menggayakan harta. Pengikut yang ramai. 'Dosa' dan 'pahala' = Handphone yang paling baru dan gadget yang paling canggih, kamu tak perlu segan 'berdosa'. Handphone yang lekeh dan tidak mempunyai barang kemas yang paling mahal, kamu perlu malu kerana kurang 'berpahala'.

Paling penting, agama 'Materialist' ni makin bertambah pengikutnya dari hari ke sehari. Beruzlah 8 jam sehari di tempat kerja belum dikira mencukupi. Perlu 'berzikir' lebih masa untuk harta yang lebih. Perlu 'qiamullail', korbankan tidur untuk wang yang banyak. Sakit? Bukan alasan. Boleh 'beribadat' di depan laptop jika tidak boleh ke pejabat.

Religion, nation and festive aside, this video message should applied to everybody.






He's got a point, and I'm not wishing anybody Merry Christmas.

But a happy new year is in order for everybody.

No comments:

Post a Comment

 

Copyright 2010. All rights reserved.

RSS Feed. This blog is proudly powered by Blogger and uses Modern Clix, a theme by Rodrigo Galindez. Modern Clix blogger template by Introblogger.