Menarik?

14.12.12

Manuel 'Dexter' Pardo.

Aku, selain mengikuti dengan tegar dan penuh taat setia siri tv 'Breaking Bad', aku juga merupakan pengikut siri tv 'Dexter'. What can I say. I'm a 'badass' to the bone.

Badass la sangat.

Bagi yang juga mengikuti siri tv ni, memang arif sangat la perihal cerita tersebut. Bagi yang alah dengan siri tv, 'Dexter' mengisahkan seorang lab-tech yang bekerja dengan Miami Police Department, dan juga merupakan seorang vigilante ala-ala Batman dan Spiderman, tetapi dia memilih untuk membunuh pesalah-pesalah undang-undang yang dipilih.

Sebenarna, aku tiada masalah dengan pilihan dia. Sebab, aku rasakan apa yang dia buat tu mungkin kurang betul tapi tak salah. Seperti juga apa yang dilakukan oleh Manuel Pardo; Dexter Morgan di dunia sebenar. Manuel merupakan seorang (bekas) polis yang mana pernah bekerja di Miami Police Department. Cumanya, dia memang seorang polis, dan bukannya seorang lab-tech. Manuel didapati bersalah membunuh 9 orang pesalah undang-undang kerana dia merasakan mereka ni, terutamanya penjual dan pengedar dadah, tak layak untuk hidup di muka bumi ni.

Mendiang Manuel Pardo telah dijalankan hukuman bunuh dengan suntikan pada 11 Diesember lepas. 
 



Laporan asal di sini.

No comments:

Post a Comment

 

Copyright 2010. All rights reserved.

RSS Feed. This blog is proudly powered by Blogger and uses Modern Clix, a theme by Rodrigo Galindez. Modern Clix blogger template by Introblogger.