Menarik?

27.11.12

Bukan Blogger Yang Bagus.

Aku bukanlah seorang penulis blog yang bagus.

Dan bila aku tulis macam tu, aku bukanlah maksudkan yang diri aku ni jahat, suka mencarut dalam entri (kadang-kadang ada. maaf.) ataupun mempermainkan agama dalam penulisan aku. Bila aku katakan aku bukanlah penulis blog yang bagus bermaksud aku tak pandai menulis.

Period.

Sejujurnya, dalam seharian, memang banyak sangat benda yang ingin aku bebelkan, ekspres dalam bentuk penulisan, dan berkongsi dengan orang. Tapi, aku selalu gagal untuk cari, konstruk dan susun ayat-ayat yang elok supaya orang lain dapat faham dan boleh meletakkan diri mereka persis dalam suasana yang aku alami dalam setiap entri yang aku ingin kongsi.

Aku sebenarnya memang sangat minat menulis. Sejujurnya, cita-cita asal aku adalah untuk menjadi seorang penulis di ruangan sukan atau untuk majalah sukan ataupun penulis sukan untuk mana-mana laman web yang ingin mengamil aku kerja. Tapi, satu perkara yang membuatkan aku sedikit ralat untuk meneruskan cita-cita aku tu ialah penulis sukan di Malaysia sangat-sangat tidak dihargai pandangan mereka. Daripada pengalaman aku secara peribadi, aku dapati pembaca dan peminat sukan di Malaysia merasakan diri mereka jauh lebih berkebolehan dan genius dalam menganalisa dan menguruskan satu-satu badan sukan walhal cuma pernah terlibat dengan satu-satu sukan itu selama satu tahun sahaja ketika di sekolah rendah dahulu. Cis.

 Kadang-kadang, kerana aku terlalu ingin sangat menulis dan inginkan orang lain tahu apa yang aku fikirkan tentang satu-satu perkara, aku akan buka artikel-artikel di Yahoo! Malaysia dan tinggalkan komen-komen mengkritik (macam bagus sangat. cis.) dan menyokong mana-mana orang yang turut meninggalkan komen mereka di artikel tersebut. Aku akan jadi sangat teruja untuk menunggu thumbs up dan komen balas, dan akan sentiasa memeriksa notifikasi setiap 30 minit hingga satu jam. Lame.

Secara peribadi, pada aku seorang penulis blog yang abgus adalah seperti Redza Minhat dan Maria Elena. Kamu pernah baca blog mereka? Aku merasakan mereka adalah penulis blog yang bagus kerana kalau kamu lihat blog mereka, kamu akan dapati mereka memang betul-betul menulis blog, dan bukannya membiarkan blog mereka dipenuhi oleh iklan-iklan dari nuffnag. Penulis blog yang bagus sebenarnya bukanlah diukur dari peminat dan pengikut blog yang berjumlah hingga puluhan ribu. Itu adalah penulis blog yang terkenal, dan bukannya yang bagus.

Aku harap, aku akan jadi lebih lagi kreatif dan bijak memilih, menyusun dan menapis penulisan supaya dapat hasilkan penulisan yang bagus, bermanfaat dan kurang membosankan orang yang membaca.

Berusaha.

No comments:

Post a Comment

 

Copyright 2010. All rights reserved.

RSS Feed. This blog is proudly powered by Blogger and uses Modern Clix, a theme by Rodrigo Galindez. Modern Clix blogger template by Introblogger.