Menarik?

24.2.13

I'm An Astronaut...Interactively.

Sebenarnya, masa kecil dulu aku memang teringin jadi angkasawan. Antara sebabnya adalah kerana aku memang sangat mudah terpengaruh dengan TV. Aku selalu menonton siri Star Trek : The Next Generation dan Stargate SG-1 semasa kecil (ya, aku masih 'muda'). Pada aku, karekter yang paling cool dan paling aku gemari dalam Star Trek : The Next Generation adalah Lt. Commander Gordi La Forge, lakonan Levar Burton. Aku rasa, 'spek' yang dipakai tu lah penyumbang kepada aura cool. Tapi, aku tak pernah dapat menghabiskan 'remake' filem Star Trek moden, lakonan Chris Pine. Aku pun tak tahu kenapa. Mual.

Walaupun 'cita-cita' aku tu tak kesampaian, aku nak berkongsi enthusiasm 'melancong' ke angkasa lepas dengan orang lain -- secara interaktif. di Nasa Prospect, kamu boleh melancong ke angkasa lepas, ke setiap planet dalam sistem solar kita, sambil ditemani oleh kawan robot yang cool dan tak annoying.






Try it. It's totally worth a few minute of your time. Besides, they have awesome back ground music through out you 'travels'.

No comments:

Post a Comment

 

Copyright 2010. All rights reserved.

RSS Feed. This blog is proudly powered by Blogger and uses Modern Clix, a theme by Rodrigo Galindez. Modern Clix blogger template by Introblogger.