Menarik?

4.9.12

Secretly Psychopathic?

Satu masa dulu, rakyat Malaysia gila dengan drama-drama Korea, Latin dan Indonesia. Tu belum kira dengan drama Filipina, Thailand dan Tamil lagi. Heboh kawan-kawan, cikgu-cikgu di sekolah 'berdebat' topik siapa jahat, siapa baik, siapa patut dapat siapa, siapa yang jadi mangsa. Yang perempuan, sibuk 'cop' hero lelaki. Yang lelaki, malam-malam berangan heroin perempuan.

Dan aku tak terkecuali.

Tapi sekarang, drama bersiri Inggeris pulak jadi hangat. Dan antara yang paling hot sekali sekarang adalah 'The Game Of Throne', 'Dexter', 'Suits' dan 'Breaking Bad'. 

Aku merupakan seorang peminat drama bersiri Breaking Bad.

Dan aku maksudkan sangat-sangat minat. Betul-betul minat, sampai aku meragui karakter diri aku.

Bagi yang 'blur ayam', Breaking Bad mengisahkan seorang bekas guru Kimia, yang juga merupakan penerima anugerah nobel, didapati menghidap penyakit barah paru-paru. Mati punca, dia cuba mengumpul duit secepat mungkin, sebanyak mungkin, untuk dijadikan simpanan untuk keluarga dia selepas dia mati.

Jadi, sangat normal lah untuk aku yang berhati mulia ni menyokong hajat dia tu. Cumanya, cara dia mengumpul duit dengan cepat dan banyak adalah dengan menggunakan kepakaran dia dalam bidan Kimia untuk menghasilkan dadah 'metamphetamine' yang terbaik kualitinya.

Mehh...Aku masih lagi sokong usaha murni dia menyara keluarga dia. Dan sesuai dengan tajuk ceritanya, karakter Walter, watak utama, mula berubah. He's breaking bad! Dia mula kembangkan bisnes dia dengan lebih luas, mula membunuh untuk pastikan 'produk' dia laku dengan baik, dan mula menjadi tamak.

Jadi, masalah bermula di sini. Bukan masalah untuk Walter, tapi masalah untuk aku. Pada awalnya, memang niat Walter tu murni. Jadi, tiada masalah untuk aku sokong dia. Cuma di kemudiannya, niat dan karakter Walter berubah dengan sangat mendadak 180 darjah. 

Dan aku masih lagi sokong dia.

Adakah aku, secara rahsia, ada sikap sokong kejahatan dalam diri aku?

Ah, bahan TV.

No comments:

Post a Comment

 

Copyright 2010. All rights reserved.

RSS Feed. This blog is proudly powered by Blogger and uses Modern Clix, a theme by Rodrigo Galindez. Modern Clix blogger template by Introblogger.