Menarik?

8.7.13

The Life That 'Was'...or Still 'Is'.

Manusia berubah.

Antara klise yang memang tak dapat kita nak jauhkan dari hidup sendiri. Tinggal lagi, perubahan tu positif, atau negatif.

Aku tak pernah anggap diri aku sebagai seorang yang baik. TAPI, aku tak pernah pula label diri aku jahat. I'm the most average person that I have ever known in my entire life. Aku tak pernah duduk tempat bagus-bagus dalam ranking pelajar. Aku tak pernah capai apa-apa pencapaian mega hebat atau paling tidak, bertaraf 'peringkat Negeri'. Aku tak pernah disiarkan di dalam surat khabar untuk apa-apa pencapaian yang aku pernah (atau tak pernah) capai dalam hidup aku. Berita pasal aku, tak penting sebab aku sangat average.

Aku sendiri selalu tertanya-tanya, "kenapa aku tak pernah untuk cuba chase the adventure?". Selepas berfikir sangat panjang, aku cuma boleh ketawakan diri aku lepas aku tahu jawapannya. 

Sebab aku penakut.

Aku takut, kalau aku cuba ubah hidup aku, aku perlu ubah semuanya. Kalau aku cuba ubah hobi aku, aku perlu ubah cara hidup aku, jadual aku, keperluan aku. Mungkin, sampai tahap di mana aku perlu untuk ubah pemakaian aku. Jadi, aku batalkan hasrat untuk chase the adventure.

Tapi, baru-baru ni, aku rasa, aku terjumpa satu lagi sebab lain kenapa aku tak pernah berapa bersungguh-sungguh untuk pursue the notion, 'chase the adventure'. Sebab aku dah malas kena tipu dengan 'masyarakat'.

Ye, aku salahkan 'masyarakat'. Problem?

Kata orang, "travel broadens the mind". Betul ke? Aku punya ramai teman-teman yang dah ke merata dunia. Europe, usahkan. Dah macam ke Mydin. Tapi, apa yang aku dapat ambil dari 'pengembaraan' mereka, 1) gambar yang cukup, siap dengan filter dan lomography untuk penuhkan album di Facebook (dan Instagram, tentunya) dan 2) T-Shirt 'Hard Rock' dari setiap negara. 

Come on lah. Sekurang-kurangnya, bila kau ke negara orang, pick up a few USEFUL words or sentence or a piece of important history about their country. Ini tidak, "France have the best night life I have ever experience", "Holland have the best tulip field I have ever see in my entire life".

What the fuck?

Kamu tahu siapa yang paling 'pakar' untuk ditanya tentang sejarah-sejarah mana-mana negara Eropah? Orang yang berpengalaman 'menikmati' layover 3 jam di Lapangan Terbang Charles De Gaulle. Tiba-tiba, mereka menjadi pakar sejarah Eropah. Fuck.

Aku masih macam ni. Aku selesa macam ni. 'Menyalahkan' masyarakat atas 'kegagalan' aku untuk menjadi lebih adventurous. Mungkin aku tidak spesifik dalam menuding jari. Tapi generalisasi itu kalis salah.

Aku selesa.

(Oh, update untuk azam ala kazam aku. Aku baru menghabiskan novel/buku yang ke 34 untuk tahun ni, pelajaran Bahasa Perancis aku masih lebih rendah dari tahap entry level kerana kesibukan melampau, aku masih belum mula menulis dan ya, aku seorang yang sngat tinggi tahap kesabarannya sekarang ni. *Patting myself on the back*. Good job, Lee. Good job.)

No comments:

Post a Comment

 

Copyright 2010. All rights reserved.

RSS Feed. This blog is proudly powered by Blogger and uses Modern Clix, a theme by Rodrigo Galindez. Modern Clix blogger template by Introblogger.