Menarik?

21.10.12

This Is All Kind Of Wrong Monday.

Ah, aku dah terlalu lama tak menulis.

Janggal.

Sebenarnya, aku ada masalah teknikal dan juga kesibukan yang teramat. I'll be having official-cik-tunang in the not so near future, insyaALLAH.

Haha.

Sebenarnya, aku cuma nak meluahkan perasaan hairan dan terkejut terhadap satu iklan di radio di Malaysia. Iklan tu bukanlah iklan yang baru, dan rasa hairan tu bukan juga sesuatu yang baru. Cuma aku baru dapat kongsi dengan kamu semua lepas selesai kerja-kerja lain yang jauh lebih besar.

Aku terdengar iklan tu pertama kalinya aku sendiri tak pasti bila. Cumanya, yang terbaru adalah baru-baru ni sewaktu aku sedang dalam perjalanan ke Kelana Jaya dari Shah Alam. Lebih kurang 8.30 pagi, kalau tak silap aku. Jadi orang Lembah Klang pun tahu betapa haram jadahnya trafik pada waktu tu. Aku dengar red.fm

Ada dua watak utama dalam iklan tersebut. nurse (misi), dan doktor. Dengar pada awalnya, konon-kononnya mereka dalam keadaan yang genting dan emergency. Cumanya, yang jadi menarik perhatian aku adalah bila perbualan kedua watak tersebut jadi seolah-olah si doktor sedang 'dilayan' oleh misi tersebut dalam keadaan yang kurang menyenangkan untuk didengar oleh pendengar Malaysia.

MUNGKIN, aku yang berfikiran kotor tak bertempat. Duhh... Tapi aku yakin bukan aku seorang yang berfikiran macam tu. Ada satu tahap, di mana perbualan mereka jadi,

Doctor : Nurse, you think I need to push in more?

Nurse : (Calmly) Yes!

Doctor : More? Harder?

Nurse : (Excited, pre-moaning) Oh, yes!

Doctor : More?

Nurse : (High in moaning) Yes, yes, yes!

See? Aku sangat-sangat yakin bukan aku seorang sahaja yang berfikiran bukan-bukan dan aneh. Ramai lagi orang lain yang terfikirkan perkara yang sama, cuma mereka kurang teringin untuk bercerita atau berkongsi.

And that's folks, is why today's post title is 'This Is All Kind Of Wrong Monday'.

Thank you.

No comments:

Post a Comment

 

Copyright 2010. All rights reserved.

RSS Feed. This blog is proudly powered by Blogger and uses Modern Clix, a theme by Rodrigo Galindez. Modern Clix blogger template by Introblogger.