Showing posts with label peribadi.. Show all posts
Showing posts with label peribadi.. Show all posts

8.7.13

The Life That 'Was'...or Still 'Is'.

Manusia berubah.

Antara klise yang memang tak dapat kita nak jauhkan dari hidup sendiri. Tinggal lagi, perubahan tu positif, atau negatif.

Aku tak pernah anggap diri aku sebagai seorang yang baik. TAPI, aku tak pernah pula label diri aku jahat. I'm the most average person that I have ever known in my entire life. Aku tak pernah duduk tempat bagus-bagus dalam ranking pelajar. Aku tak pernah capai apa-apa pencapaian mega hebat atau paling tidak, bertaraf 'peringkat Negeri'. Aku tak pernah disiarkan di dalam surat khabar untuk apa-apa pencapaian yang aku pernah (atau tak pernah) capai dalam hidup aku. Berita pasal aku, tak penting sebab aku sangat average.

Aku sendiri selalu tertanya-tanya, "kenapa aku tak pernah untuk cuba chase the adventure?". Selepas berfikir sangat panjang, aku cuma boleh ketawakan diri aku lepas aku tahu jawapannya. 

Sebab aku penakut.

Aku takut, kalau aku cuba ubah hidup aku, aku perlu ubah semuanya. Kalau aku cuba ubah hobi aku, aku perlu ubah cara hidup aku, jadual aku, keperluan aku. Mungkin, sampai tahap di mana aku perlu untuk ubah pemakaian aku. Jadi, aku batalkan hasrat untuk chase the adventure.

Tapi, baru-baru ni, aku rasa, aku terjumpa satu lagi sebab lain kenapa aku tak pernah berapa bersungguh-sungguh untuk pursue the notion, 'chase the adventure'. Sebab aku dah malas kena tipu dengan 'masyarakat'.

Ye, aku salahkan 'masyarakat'. Problem?

Kata orang, "travel broadens the mind". Betul ke? Aku punya ramai teman-teman yang dah ke merata dunia. Europe, usahkan. Dah macam ke Mydin. Tapi, apa yang aku dapat ambil dari 'pengembaraan' mereka, 1) gambar yang cukup, siap dengan filter dan lomography untuk penuhkan album di Facebook (dan Instagram, tentunya) dan 2) T-Shirt 'Hard Rock' dari setiap negara. 

Come on lah. Sekurang-kurangnya, bila kau ke negara orang, pick up a few USEFUL words or sentence or a piece of important history about their country. Ini tidak, "France have the best night life I have ever experience", "Holland have the best tulip field I have ever see in my entire life".

What the fuck?

Kamu tahu siapa yang paling 'pakar' untuk ditanya tentang sejarah-sejarah mana-mana negara Eropah? Orang yang berpengalaman 'menikmati' layover 3 jam di Lapangan Terbang Charles De Gaulle. Tiba-tiba, mereka menjadi pakar sejarah Eropah. Fuck.

Aku masih macam ni. Aku selesa macam ni. 'Menyalahkan' masyarakat atas 'kegagalan' aku untuk menjadi lebih adventurous. Mungkin aku tidak spesifik dalam menuding jari. Tapi generalisasi itu kalis salah.

Aku selesa.

(Oh, update untuk azam ala kazam aku. Aku baru menghabiskan novel/buku yang ke 34 untuk tahun ni, pelajaran Bahasa Perancis aku masih lebih rendah dari tahap entry level kerana kesibukan melampau, aku masih belum mula menulis dan ya, aku seorang yang sngat tinggi tahap kesabarannya sekarang ni. *Patting myself on the back*. Good job, Lee. Good job.)

3.5.13

Living Up To Your Word.

"A man is only as good as his word".

Real men will live up to their word. I;m not sure if it's in the 'Barney Stinson : The Bro Code', but real men keep their word.

A man who spew everything, but keep nothing, is a loser. If you can't hold on to your promises, if can't deliver the things you said, you're better off not saying anything. It's given. This is not limited only in my code. In real world, if you're 'all sizzle, no steak', the rest of your life will uphill. Not towards success, but the tough never get going, it'll only going to get tougher.


Mr. Brown and Me.

I've had this former acquaintance (note 'former') once who spew shits like firemen in forest blaze, 'non stop and no sign of slowing down'. He claims to be a business minded kind of person with connection like a Pentagon's internet -- solid as fuck. He said that he can double, triple any investment made through him in a scheme that is guaranteed and backed by the top man in government. Being a good and sympathetic friend, I make a small investment, but I never publicize or promote his scheme. I know I won;t be able to guarantee anything so I'm better off keeping my word in my stomach.

Months keep coming and going. From 3 calls a week to 3 calls a month. Then it's once a month. Ultimately, like every no good weasel, he cut contact. He avoided me and never to speak to me again. Knowing what I'm getting myself into in the first place, I'm partly cool with the outcome.

Close to 2 years later, Mr. Brown came up with a fresh business and good idea and approaching me, wanting to do another business venture with me. Like that going to happen.


Lessons.

Stories without moral is like a broken pencil -- pointless. There's no 'water under the bridge' with this kind of man. His mistakes :

1. Putting himself in a cross hair with all his promise that was 50% certain he won't be able to deliver.
2. He never apologizes.

"Mistakes are (almost) always forgivable, if one have the courage to admit it". Bruce Lee.

I'm not saying that I will never forgive this scum of earth. But his action of treating me like I have the memory of a goldfish really fucked things up. If he had half the balls he have when he made all those promises to admit his mistakes and start anew with me, I might be able to forgive him. Sadly, he did not, and that'll only guarantee things to turn sour.

NEVER, go back on your word.

1.5.13

Sakit Hati Betul Kalau...#1

Waktu sedang suspense cucuk duit di ATM, kamu boleh rasa nafas orang seterusnya di tengkuk kamu a.k.a. orang seterusnya yang berdiri terlalu rapat dengan kamu. Yo, ever heard of personal space? Do you really need to know how much money I'm drawing? Do you really need to know my account balance?

Dan lebih teruk lagi kalau, masa tengah penuh sopan dan adab, kamu menjarakkan diri kamu untuk tunggu giliran untuk keluarkan duit di ATM, some bimbo - having no qualms whatsoever - jumping the queue like it's the most normal thing to for her that day.

That shit, is even more infuriating.





...tapi, yang paling teruk adalah,  jika kedua-duanya berlaku kepada kamu sekaligus. It happened to me today. FML.

11.4.13

Japanese Take 'Forever Alone' To a Whole New Level.

Japanese always wanted to be the best in everything. The best at time keeping, the best in automotive front, the best in porn industry.

But this is just too much.





"I pity the fool".

21.2.13

Azam Ala Kazam.

Pada awal tahun baru yang lepas, aku ada letakkan beberapa azam realistik yang aku nak capai sebelum tahun 2013 berakhir. 

Ye, aku tahu. Memang masih awal lagi dalam tahun 2013.

Empat azam yang aku letak ialah :

   1. Banyakkan membaca.
   2. Belajar bahasa asing yang baru.
   3. Mula menulis.
   4. Self control.

Jadi, untuk azam yang pertama; banyakkan membaca. Bulan lepas, aku baru membeli beberapa buah buku dari pesta buku di sini (?). Walaupun tak banyak, dalam 9 buku sahaja, tapi aku rasa tu dah lebih dari cukup untuk kuota 2 atau 3 bulan ni. Yang penting, realistik. Dan aku rasa 9 buku yang mana setiap satunya setebal lebih kurang 400-600 muka surat, untuk 3 bulan adalah dalam lingkungan 'realistik' untuk aku.

Azam yang kedua; belajar bahasa asing yang baru. Aku dapati, berkebolehan membaca, bercakap atau menulis dalam bahasa asing boleh jadi skil atau kelebihan yang sangat berguna. Tak kiralah walaupun masih dalam peringkat asas ataupun beginner, asalkan ada keinginan untuk memajukan kebolehan tu, dah memadai. Untuk azam yang kedua, aku memilih Bahasa Perancis sebagai bahasa asing pilihan aku. Alasan? Baru-baru ni, aku ada menonton satu sketch komedi dalam bahasa perancis. Walaupun aku tak faham apa yang mereka bincangkan, tapi aku dapat rasakan yang perkara yang dijenakan tu memang kelakar. Masalahnya, aku rasa macam di perbodohkan sebab tak memahami lawak tersebut. Jadi, sebagai motivasi sampingan, aku memilih Bahasa Perancis sebagai bahasa asing pilihan.

Azam ketiga dan keempat, dengan yakin aku katakan masih sangat terlalu awal untuk aku kongsi, lebih-lebih lagi azam ke tiga; mula menulis. Sebenarnya, aku langsung belum mulakan apa-apa bahan tulisan. Modul, idea, draf kasar. Semuanya aku masih belum ada. Tapi, memang aku sedang usahakan perlahan-lahan sebenarnya. Dan aku harap, banyak membaca boleh membantu aku untuk hasilkan idea untuk mula menulis dan bantu aku untuk lebih cekap mengawal diri.

Au revoire.

5.1.13

One Shall Not Simply Make An Ill Wishes.

With people, politicians, future 'nationalists' left and right without a single speck of morality are so hell-bent in corrupting, bankrupting and destroying the nation, I'm not sure if I should be grateful I wasn't born during the war or post-war era.

3.1.13

Resolution In Motion.

Antara azam tahun baru, macam dalam entri yang lepas, adalah untuk lebih rajin membaca, terutamanya buku. Aku baru habis baca 'Divided Berlin', karangan Hans Speier dan 'The Glass Castle', karangan Jeannette Walls. Aku rasa dua-dua buku ni satu permulaan yang bagus untuk aku. Aku tak reti nak nilai satu-satu bahan bacaan tu bagus atau tak sebab aku sendiri baru nak mula dengan habit membaca. Yang pasti, buku ni tak akan jadi adaptasi filem bodoh lakonan Lisa Surihani atau Farid Kamil.

Aku galakkan kamu semua yang masih dalam lingkungan awal 20-an rajin membaca, kurangkan bersembang bodoh pasal handphone terbaru, tablet tecanggih, baju paling trendy atau politik kotor yang masing-masing kurang pengetahuan.






True story.

31.12.12

2012 + 1 = 2013.

Selamat 'bakal' tahun baru.

Tahun 2012 tinggal lagi beberapa jam untuk kita ucap 'selamat tinggal'. Aku banyak 'ketawa'. Tapi, yang 'menangis' yang lagi lama diingati.

31 Disember 2011, aku tak letakkan sebarang 'azam' untuk tahun baru. Sama macam 31 Disember tahun-tahun sebelumnya. Tapi, disebabkan cik tunang, aku berazam untuk ada azam tahun baru. Aku kena berubah untuk orang lain. Maksud aku, kemudahan orang lain. Tapi, tak semestinya perubahan tu tak dapat membantu aku, bukan?

Jadi, untuk tahun baru yang akan datang dalam beberapa jam saja lagi, aku berazam untuk :

1. Banyak membaca.

Aku suka membaca. Cuma, material bacaan tu yang menjadi persoalan. Aku banyak menghabiskan masa aku membaca berita, artikel-artikel, jurnal perubatan, jurnal kajian dan macam-macam lagi di INTERNET. Itu perlu berubah. Maksud aku, bukanlah kurangkan membaca material-material tersbut. Aku perlu menambah material bacaan aku dalam bentuk buku-buku, tak kisah autobiografi, fiksyen ataupun motivasi pembangunan diri (fancy choice of words). 

2. Belajar bahasa asing yang baru.

Waktu sekolah dulu, aku ditempatkan dalam kelas pelajar pilihan Bahasa Jepun sebagai bahasa asing. Needless to say, I never pay any attention. Aku memang tak teringin (dan tak pernah terfikir jauh kelebihan berbahsa asing) untuk tahu berdialog dalam Bahasa Jepun. Pada waktu tu, aku cuma fikir yang orang yang teringin berbahasa Jepun, cuma nerds dan kaki anime (otaku) yang akan kekal tanpa teman wanita sehingga umur 40-an. Tapi, bila dah di dunia luar, aku dah lebih dari sedar yang kebolehan berbahasa asing (Bahasa Inggeris bukan bahasa asing, orait.). Jadi, untuk tahun akan datang, aku berazam untuk belajar bahasa asing yang baru.

3. Menulis.

Sebenarnya, aku memang sangat minat bidang penulisan. Aku memang sangat-sangat teringin untuk menulis novel. Tapi, bukan novel-novel bull-crap macam novel-novel cinta mat rempit. Tapi buku-buku seperi 'Wild', karangan Ceryl Strayed, 'Hector & The Search For Happiness' karangan Francoise Lelord. Aku sebenarnya cemburu dengan orang-orang yang mahir dalam penulisan kreatif. Jadi, sebagai untuk membuatkan aku jadi lebih mahir dan kreatif dalam menulis, aku perlu banyakkan membaca (azam no 1) dan mahir dalam satu bahasa asing yang baru (azam no 2) untuk lebih memantapkan penulisan.

4. Self control.

Aku sebenarnya ada sedikit masalah dengan isu sabar. Aku orang yang sedikit kurang sabar, dan kebanyakan masa nya bila isu tu melebihi tahap kawal diri aku, mulut aku akan jadi lebih 'proaktif' berbanding otak dan itu akan jadi satu isu yang lebih besar. Jadi, untuk tahun baru, more zen, less anger.



Aku rasa, tak perlu banyak. Biar sikit, asalkan realistik dan boleh dicapai. Jadi, selamat 'bakal' tahun baru untuk semua.

23.12.12

High Maintenance.

Now that the true colours are showing, I'm experiencing it first hand.






"Understand, and will try to adapt".

Huh.

27.11.12

Bukan Blogger Yang Bagus.

Aku bukanlah seorang penulis blog yang bagus.

Dan bila aku tulis macam tu, aku bukanlah maksudkan yang diri aku ni jahat, suka mencarut dalam entri (kadang-kadang ada. maaf.) ataupun mempermainkan agama dalam penulisan aku. Bila aku katakan aku bukanlah penulis blog yang bagus bermaksud aku tak pandai menulis.

Period.

Sejujurnya, dalam seharian, memang banyak sangat benda yang ingin aku bebelkan, ekspres dalam bentuk penulisan, dan berkongsi dengan orang. Tapi, aku selalu gagal untuk cari, konstruk dan susun ayat-ayat yang elok supaya orang lain dapat faham dan boleh meletakkan diri mereka persis dalam suasana yang aku alami dalam setiap entri yang aku ingin kongsi.

Aku sebenarnya memang sangat minat menulis. Sejujurnya, cita-cita asal aku adalah untuk menjadi seorang penulis di ruangan sukan atau untuk majalah sukan ataupun penulis sukan untuk mana-mana laman web yang ingin mengamil aku kerja. Tapi, satu perkara yang membuatkan aku sedikit ralat untuk meneruskan cita-cita aku tu ialah penulis sukan di Malaysia sangat-sangat tidak dihargai pandangan mereka. Daripada pengalaman aku secara peribadi, aku dapati pembaca dan peminat sukan di Malaysia merasakan diri mereka jauh lebih berkebolehan dan genius dalam menganalisa dan menguruskan satu-satu badan sukan walhal cuma pernah terlibat dengan satu-satu sukan itu selama satu tahun sahaja ketika di sekolah rendah dahulu. Cis.

 Kadang-kadang, kerana aku terlalu ingin sangat menulis dan inginkan orang lain tahu apa yang aku fikirkan tentang satu-satu perkara, aku akan buka artikel-artikel di Yahoo! Malaysia dan tinggalkan komen-komen mengkritik (macam bagus sangat. cis.) dan menyokong mana-mana orang yang turut meninggalkan komen mereka di artikel tersebut. Aku akan jadi sangat teruja untuk menunggu thumbs up dan komen balas, dan akan sentiasa memeriksa notifikasi setiap 30 minit hingga satu jam. Lame.

Secara peribadi, pada aku seorang penulis blog yang abgus adalah seperti Redza Minhat dan Maria Elena. Kamu pernah baca blog mereka? Aku merasakan mereka adalah penulis blog yang bagus kerana kalau kamu lihat blog mereka, kamu akan dapati mereka memang betul-betul menulis blog, dan bukannya membiarkan blog mereka dipenuhi oleh iklan-iklan dari nuffnag. Penulis blog yang bagus sebenarnya bukanlah diukur dari peminat dan pengikut blog yang berjumlah hingga puluhan ribu. Itu adalah penulis blog yang terkenal, dan bukannya yang bagus.

Aku harap, aku akan jadi lebih lagi kreatif dan bijak memilih, menyusun dan menapis penulisan supaya dapat hasilkan penulisan yang bagus, bermanfaat dan kurang membosankan orang yang membaca.

Berusaha.

2.11.12

Blog Hiburan.

Tapi, blog hiburan yang aku nak cakapkan ni, bukanlah blog pasal artis-artis macam segala jenis 'Oh'-blog yang ada.

Terma 'blog hiburan' yang aku maksudkan adalah beberapa blog aku baca sebagai hiburan waktu bosan.

Banyak blog-blog terkenal yang memang kelakar abadi, yang memenag seronok dibaca. Tapi, ada blog yang mana bukan kelakar azali. Tapi kelakar sebab kerenah penulis dan pengunjung blog tu.

Sebagai contoh cantik, blog "otaklu.blogspot.com".

Penulis blog ni tulis blog untuk menunjukkan rasa marah-tak-puas-hati-kepala-hotaklu kat macam-macam benda. Dari benda sekecil-kecil layout Facebook, kepada artis-artis tempatan.

Apa yang kelakar bagi aku adalah rants dia. Memang sangat kelakar. Tak cukup dengan tu, dia tulis blog dia dalam bahasa Inggeris. Tak cukup lagi, bahasa Inggeris dia bukanlah yang terbaik. Tak cukup lagi? Grammar Nazis yang bersepah-sepah kat ruang komen cuba memperbetulkan penulisan penulis blog tu. Masih tak cukup lagi? Penyokong penulis tu yang cuba melawan Grammar Nazis tadi, juga dengan ber bahasa Inggeris. Kalau masih tak cukup lagi, bahasa Inggeris penyokong-penyokong tadi yang juga bukanlah yang terbaik.

Aku harap, penulis blog tu (kalau satu hari nanti tergerak untuk aktif semula) teruskan dengan penulisan sekarang ni. Dan kepada Grammar Nazis, jangan berputus asa. Teruskan 'cuba' memperbetulkan penulisan penulis blog tersebut. Kepada penyokong penulis tu pulak, teruskan menyokong blog tersebut. 

Sebab aku perlukan hiburan.

15.8.12

Dunia Yang Kita Duduki. (Bahagian 1)

Atau the world that we live in.

Sebenarnya, untuk namakan entri kali ni 'dunia yang kita duduki' adalah terlalu umum dan terlalu serius. Lebih tepat lagi kalau entri ni dinamakan 'NEGARA yang kita duduki'. Tapi, iya lah. We learn from the best. Tajuk entri haruslah bombastik, walaupun isi tak seberapa.

Tapi, entri kali ni memang agak sedikit serius.

Tentang negara yang kita duduki. Aku, secara peribadi, tak banyak merungut atau masalah dengan negara yang kita duduki, Malaysia, sekarang ni. Memang, aku ada beberapa masalah dengan sistem dan polisi. Tapi, tak banyak. Beberapa sistem dan polisi mana-mana negara yang kita dudki, tak perlulah ideal dengan polisi yang kita mahu. Tak kan nak puaskan hati setiap seorang yang merungut. Memang tak wujud negara macam tu. Tinggal lagi, beberapa polisi yang memang dapat membantu rakyat secara umum, kenapa harus ditolak dan diabaikan? Polisi yang bernas perlu diambil kira dan diusaha sama dengan semua pohak terbabit supaya dapat dilaksanakan.

Jadi, melalui pembacaan meluas dan dari beberapa negara yang pernah aku lawati, serta dengan perbincangan dengan mahasiswa dari negara-negara tertentu, beberapa polisi yang mana aku rasakan perlu dilaksanakan di negara makmur kita, Malaysia, supaya dapat membantu meajukan negara dan rakyat berserta. Pembangunan dan kemajuan negara cuma dapat diukur dengan efektif dan realistik dengan mengambil kira pembangunan dan kemajuan SEBAHAGIAN BESAR rakyat negara tersebut.

Dan apa yang aku dapat 'keluarkan' dari pembacaan dan perbincangan lepas adalah 4 perkara atau fasal atau polisi yang tunjang untuk mengukur kemajuan dan pembangunan negara. 4 perkara tersebut adalah :

1) Basmi kemiskinan.
2) Kemajuan pendidikan.
3) Kemajuan dan penjagaan kesihatan.
4) Kemajuan ekonomi rakyat, selari dengan ekonomi negara.

Kemiskinan.

Pada zaman Khalifah Saidina Umar Al-Khattab, betapa kebajikan dan pembahagian kekayaan dijaga diantara sesama rakyat, Zakat yang dikutip oleh baitulmal hampir tidak ada penerima. Bermaksud di sini, jumlah pemberi zakat adalah jauh lebih besar dari jumlah penerima. Hal Brunei sekarang dengarnya dalam cita-cita ke arah sifar penreima zakat. Harap-harap negara Islam sekeliling dapat contohi.

Diakui, Malaysia memanglah sangat-sangat jauh untuk sampai ke tahap tu. Aku dah nampak kepayahan kenalan aku dengan masalah pembahagian dan penerimaan zakat waktu belajar. Perlu bersurat, dengan interview. Selesai semua, nama lulus tapi zakat disekat. Macam-macam hal. Pemegang amanah zakat disumpah, didoakan bermacam-macam. Jadi tak senang duduk semua pihak.

Maknanya ada masalah yang lebih besar lagi dari masalah layak atau tidak menerima zakat. Iaitu masalah PENYAMPAIAN zakat. Penerima dah ada, bahagian dah sedia, tapi 'dikastam' pulak dari pemegang amanah. 'Kastam' tak rasmi ni perlu dihapuskan secara total sebagai langkah 1 untuk hapus kemiskinan.

*Topik ni memanglah amat panjang sebab aku cuba sampaikan pandangan dan pendapat aku. Jadi aku rasa elok aku buat secara berbahagi untuk maklumat disampaikan dengan lebih efektif.

30.7.12

Judgemental Masyarakat.

You see, I've learned something today. It is not as serious as the topic may sounds like.

Oh, what did I learn?

I learned that having a bottle of mineral water in your room during Ramadhan are just as suspicious as having a hand lotion on your computer desk.

Oi, aku puasa.

23.7.12

Serious Creativity is Serious.

Sebenarnya, aku ada banyak bahan hiburan. Cuma malangya, kebanyakan hiburan aku memerlukan servis internet yang memuaskan. 

Sedih, aku tahu.

Tapi aku bukan introvert...kan?

Aku nak perkenalkan seseorang pada kamu semua. Dia ni sangat terkenal sebenarnya. Jadi, aku rasa ayat perkenalkan tak lah berapa sesuai sebab aku yakin banyak antara kamu yang dah tahu siapa dia.

Dialah Ryan Higa a.k.a. NigaHiga.

Dia merupakan seorang YouTube movie producer. Dia memang terkenal dengan video-video kelakar dan menyentuh hati nya. Cumanya, bila aku buka YouTube tadi, dua video paling popular hari ini dalam kategori Worldwide membuatkan aku berul-betul ingin berkongsi dengan kamu semua. Satu, dah pun aku kongsi dalam entri sebelum ni. Yang kedua, video ni.






Aku rasa, dalam semua video yang dah dia hasilkan, ini adalah video terbaik dan paling kreatif pernah aku tonton. Nombor dua mungkin video 'MIM : The Avengerz' atau 'Sh*t ___ Say'. 

Kelakar, dan kreatif.

19.7.12

He, Who Left With Ring On His Finger.

The legend that he was.





Apa yang menyakitkan hati adalah, meninggalkan Celtics untuk Heats. What an NBA fans labeled as 'Judas'.

Terima kasih, Ray.

9.7.12

PTPTN dan 'Pembangkang'.

Pembangkang yang aku maksudkan bukanlah parti pembangkang kepada kerajaan yang memerintah sekarang. Pembangkang yang aku maksudkan adalah pembangkang atas premis.

Dan premis yang aku bawa hari ni adalah pendidikan percuma.

Sangatlah boleh difahami kalau ada (dan ramai, amat ramai) orang yang membangkang isu pembayaran balik 'pinjaman' PTPTN bercampur riba' (dalam Islam, pinjaman yang menguntungkan pihak pemberi hutang dinamakan riba') sekarang ni. Normalnya, manusia memilih kesenangan. Bermaksud, tak perlu bayar 'semula' (premis lain yang perlu dibincangkan dalam topik lain).

Yang aku kurang faham adalah mereka yang bersungguh-sungguh dan tekad sepenuh hati menyokong pembayaran 'semula' PTPTN bercampur faedah (selain memaksimumkan pengiklanan Nuff-said (?) tentang perihal PTPTN walal tidaklah berminat sepenuh hati berbicara tentang PTPTN) dan bersedia untuk bermusuh dan berdebat menegakkan premis, "dah nama hangpa 'HUTANG' kerajaan dengan PTPTN, bayaqlah balik 'DUIT' kerajaan".

Katakanlah pada pilihanraya akan datang, rakyat bijak semakin bertambah dan impian ber-kerajaan baru tercapai. Antara janji pertama parti pemerintah akan datang adalah memansuhkan PTPTN. Terbukti pula kemudian, kerajaan tidak muflis seperti yang amat ditakuti oleh kerajaan sekarang. Pada waktu tu, aku ingin tahu, adakah kamu akan berterima kasih kepada kerajaan akan datang sebab menyediakan pendidikan percuma, atau kamu akan terbang separuh dunia ke London untuk mengadakan debat "Pendidikan Percuma Adalah 100% Tidak Relevan dan Menyebabkan Ramai Anak Muda Menjadi Bebal di IPTA."

What I wanna see is, some douchebag ranting, "F**k this shit. I'm gonna demand them to take payment from us all. Free education my a**."

Bravo.

8.7.12

Pulling 'The Garnett'.

Aku memang peminat sukan, terutamanya sukan bola keranjang. Aku suka sukan bola keranjang disebabkan tahap agresif dan intensiti sukan tersebut. Aku kurang gemar sukan yang terlalu 'berkiblatkan' sportmanship dan showmanship.

Entri ni tak lain sekadar nak berkongsi dengan kamu salah satu klip kenapa aku sukakan sukan bola keranjang. Dalam sukan bola keranjang, terutamanya di tahap NBA, 'pride' (ego?) adalah satu perkara yang sangat-sangat aku utamakan. Keep your pride, thrash others. Itu memang motto aku dalam sukan bola keranjang. 

And this is how we do it. The Garnett.






6.7.12

Kamu Tahu Sesuatu Tak Kena Bila...

Kamu tahu, sesuatu memang tak kena bila pihak autoriti meminta pengenalan kamu, lihat dengan muka berkerut, minta pengesahan dari kawan, dan masih tak percaya yang itu memang kamu orang yang sama macam dalam pengenalan walaupun akhirnya dia mengalah.





Haih, aku perlu kuruskan badan balik.

16.6.12

Cool Story Brahh...

Aku secara peribadi, sebenarnya, tak berapa suka menggunakan ayat tersebut. Pada aku, setiap orang ada hak untuk cerita hal masing-masing kepada sesiapa pun. Tinggal lagi, sebagai pendengar, terpulang pada kamu untuk terima atau tidak cerita yang disampaikan. 

Itu, pandangan sempit aku suatu masa dulu. Sehinggalah...


Orang Yang Dikenali (OYD) : Bro, kau tahu tak?

Aku Bole Terbang (ABT) : Tahu apa?
 
OYD : Aku pergi kedai N*ke kat mall semalam. Diorang dah keluarkan 'range' EURO 2012.

ABT  : Yeah?  (Separa berminat.)

OYD : Yeah! Nice jugak. Tapi mahal gila lah. Dalam RM 300 jugak satu.

ABT  : Yeah. Memang mahal pun. Kau nak join tak kitorang ni? Siap cepat.

OYD : Aku join. Kejap, aku siap.

OYD keluarkan salah satu baju dari siri EURO 2012 N*ke yang dia sebutkan tadi, dan terus pakai.

ABT  : What the...Cool story brahh.  (Dalam hati, sebagai menjaga perasaan.)


Kamu faham maksud aku? Buka cerita yang melampau untuk tarik minat orang supaya orang jadi terkinja-kinja dan kau boleh berbangga dengan benda yang sangat trivial.

Ini lah salah satu waktu yang paling sesuai untuk gunakan frasa, "Cool story brahh..."
 

Copyright 2010. All rights reserved.

RSS Feed. This blog is proudly powered by Blogger and uses Modern Clix, a theme by Rodrigo Galindez. Modern Clix blogger template by Introblogger.