Showing posts with label pandangan.. Show all posts
Showing posts with label pandangan.. Show all posts

14.4.13

Of Free Education and Health Care. It's A Sad, Sad Facts...

...that we live in a country where if you don't have money, you're most likely to be dead and stupid by being denied the right to have a good education and appropriate health and care service.






"Let's make college either free, or REALLY LOW and if you have a country full of whip-crack smart people you have a country the rest of the world will fear." - Henry Rollins.

Golden.

If you business-management-major-pretending-to-be-smart-ass-economist claims that Malaysian can't afford the tax like them Swedish pays, how does REALLY LOW college tuition fee/loan WITHOUT INTERESTS sounds? 

This guy never finished college. But seems like he figured out solutions to problems that a whole cabinet have been 'struggling' with for years on end.

Stop putting a 'price' on people's life and intelligence. 

ALLAH never did.

21.2.13

The Dying Breed : Intelligent People.

People read less and less book everyday, and it is sad.

Intelligence changes the credibility and the way people argue. People who reads actually are more likely to have the argument goes their way. People goes from, "in the book 'This' and 'This', it mentions that..." to "you don't believe me? Google it yourself" and "dude, it said so in Wikipedia". It is so sad that the internet actually spoils people the wrong way.

I don't want to come of as anti-technology or anything. But too much dependence on iPhone or your smartphone can actually kills human intelligence. People prefers reading and arguing pointlessly in YouTube comment section rather than spending their valuable time actually reading a good book on humanity, philosophy, world icon's autobiography or conflicts and war history. When do Kim Kardashian become more relevant than Dr. Charles Vacanti?





Books are yours to choose from. The best part? A good book contain maxims that you affects your take on this world while very mildly changes your behavior and personality, only in a good way. A good book always lends you an idea and perception that the world is either a good place to live in, or STILL a good place to live in. It reminds you that there's some faith in humanity that you can invest in. A good book is like a best friend that can give you advice and will NEVER argue with you if you don't want to take it.

Internet is not all evil. It's just that quite often the internet makes wrong people rich and famous for a wrong reason in a wrong way. It also gives wrong people the power to make them do wrong things, but seems righteous in the eyes of wrong viewers.

3.1.13

...The Whole Truth, And Nothing But The Truth.

" Honesty and truth, might sometimes break us, or hurt us...but we NEED it ".

If there's ONE thing that I've learned from a good book or a good movie, it will be it. Watch 'The breakfast club' and 'Our idiot brother'. It's truly a good movie.

27.12.12

'Material Greed', Is A 'Legit Religion'.

Mempunyai harta yang banyak, handphone yang canggih, gadget yang terkini, beg yang mahal, kasut yang banyak, kereta yang mewah, rumah yang besar dan barang kemas yang beribu ringgit, boleh dianggap sebagai tahap 'keimanan' seseorang untuk 'agama' yang kurang disedari orang.

Agama 'Materialist'.

Think about it. Ia ada 'Tuhan' = Harta. Rumah ibadat = bank dan pusat beli belah. Ibadat = menggayakan harta. Pengikut yang ramai. 'Dosa' dan 'pahala' = Handphone yang paling baru dan gadget yang paling canggih, kamu tak perlu segan 'berdosa'. Handphone yang lekeh dan tidak mempunyai barang kemas yang paling mahal, kamu perlu malu kerana kurang 'berpahala'.

Paling penting, agama 'Materialist' ni makin bertambah pengikutnya dari hari ke sehari. Beruzlah 8 jam sehari di tempat kerja belum dikira mencukupi. Perlu 'berzikir' lebih masa untuk harta yang lebih. Perlu 'qiamullail', korbankan tidur untuk wang yang banyak. Sakit? Bukan alasan. Boleh 'beribadat' di depan laptop jika tidak boleh ke pejabat.

Religion, nation and festive aside, this video message should applied to everybody.






He's got a point, and I'm not wishing anybody Merry Christmas.

But a happy new year is in order for everybody.

12.11.12

Dunia Yang Kita Duduki. (Bahagian 2)

Oh, baru tersedar yang sambungan entri ini sudah lama aku abaikan. Masa untuk menyambung 'rant' aku.

Pendidikan.

Tolonglah. Tolonglah akui yang tahap pendidikan dan silibus yang diperkenalkan di sekolah-sekolah kebangsaan di Malaysia adalah sangat-sangat menyedihkan dan berada di tahap yang kritikal.

Perkara ni, menjadi sangat-sangat ketara dan terasa kesannya bila pelajar-pelajar Malaysia melanjutkan pelajaran di universiti swasta, dan universiti di luar negara. Pada umur yang sama diperkenalkan pelajar-pelajar Malaysia dengan alam universiti, mereka sebenarnya terpaksa berusaha lebih keras berbanding pelajar-pelajar dari negara membangun -- bukan negara maju -- yang lain.

Memang sangat terasa. mereka yang kurang menyertai study-group semasa bersama dengan pelajar luar negara mungkin tidak peka dengan perihal ni. Tapi, bagi mereka yang menyertai study-group bersama pelajar dari negara lain, mereka akan terasa sangat kerdil, dan seolah-olah jauh ketinggalan dari segi kematangan mental, terutamanya dalam pelajaran walaupun duduk dalam tahun pengajian yang sama.

Mungkin kerana silibus pembelajaran sekolah-sekolah kebangsaan di Malaysia dikawal oleh badan lain, tetapi langkah-langkah 'luar' perlu diambil. Dan langkah 'luar' yang paling utama yang perlu diambil tindakan segera adalah mengawal pusat tuisyen dan sistem Sekolah Berasrama Penuh yang mana bersistem-kan 'exam-oriented'. Pada mereka, 'kejayaan' diukur dengan seberapa bagus keputusan kamu dalam peperiksaan PMR atau SPM.

Silap besar.

Aku harap, KPM dan mereka yang terlibat secara langsung dan tidak langsung dapat sama-sama membantu memajukan taraf pendidikan di Malaysia.

16.9.12

...And You Expect Me To Just Shut Up?

Bukan aku. Orang lain.

Orang lain yang aku maksudkan tu adalah salah satu syarikat elektronik terbesar dunia, Samsung.

Seperti yang semua orang tau, Samsung abru-baru ni kalah dalam perbalahan mahkamah dengan syarikat pujaan ramai, Apple. Samsung dikehendaki untuk membayar Apple USD 1.051 Billion atas tuduhan meniru 'patent' Apple.

Aku, secara peribadi, memang tak menggemari barangan Apple. Pada aku, Satu-satunya barangan Apple yang betul-betul berjaya adalah iPod Classic. iPod Classic memang satu tanda aras untuk pemain mp3 seluruh dunia. Tetapi, untuk produk Apple yang lain, hanyalah strategi bisnes untuk terus menguntungkan satu pihak, dan pihak tersebut adalah Apple. Setiap produk yang dikeluarkan Apple tidak jauh bezanya dengan servis A*r A*ia (you know who, right). Produk yang dikeluarkan semuanya datang dengan pelengkap yang dijual berasingan yang perlu dibeli juga dengan harga yang amat tinggi. Cumanya, Apple menang dari segi apps store-nya yang tak pernah diam.

Jadi, selepas kalah, Samsung yang sangat butt-hurt dengan Apple mengeluarkan produknya yang jauh lebih canggih dan 'gerek', bak kata The Gerek Gang. Tapi, ia tak bermaksud Samsung akan berhenti di situ. They take one last sucker-punch, and had the last laugh in all of this.

They produce one hell of a advertisement as a jab to Apple.






Good one, Samsung.


15.8.12

Dunia Yang Kita Duduki. (Bahagian 1)

Atau the world that we live in.

Sebenarnya, untuk namakan entri kali ni 'dunia yang kita duduki' adalah terlalu umum dan terlalu serius. Lebih tepat lagi kalau entri ni dinamakan 'NEGARA yang kita duduki'. Tapi, iya lah. We learn from the best. Tajuk entri haruslah bombastik, walaupun isi tak seberapa.

Tapi, entri kali ni memang agak sedikit serius.

Tentang negara yang kita duduki. Aku, secara peribadi, tak banyak merungut atau masalah dengan negara yang kita duduki, Malaysia, sekarang ni. Memang, aku ada beberapa masalah dengan sistem dan polisi. Tapi, tak banyak. Beberapa sistem dan polisi mana-mana negara yang kita dudki, tak perlulah ideal dengan polisi yang kita mahu. Tak kan nak puaskan hati setiap seorang yang merungut. Memang tak wujud negara macam tu. Tinggal lagi, beberapa polisi yang memang dapat membantu rakyat secara umum, kenapa harus ditolak dan diabaikan? Polisi yang bernas perlu diambil kira dan diusaha sama dengan semua pohak terbabit supaya dapat dilaksanakan.

Jadi, melalui pembacaan meluas dan dari beberapa negara yang pernah aku lawati, serta dengan perbincangan dengan mahasiswa dari negara-negara tertentu, beberapa polisi yang mana aku rasakan perlu dilaksanakan di negara makmur kita, Malaysia, supaya dapat membantu meajukan negara dan rakyat berserta. Pembangunan dan kemajuan negara cuma dapat diukur dengan efektif dan realistik dengan mengambil kira pembangunan dan kemajuan SEBAHAGIAN BESAR rakyat negara tersebut.

Dan apa yang aku dapat 'keluarkan' dari pembacaan dan perbincangan lepas adalah 4 perkara atau fasal atau polisi yang tunjang untuk mengukur kemajuan dan pembangunan negara. 4 perkara tersebut adalah :

1) Basmi kemiskinan.
2) Kemajuan pendidikan.
3) Kemajuan dan penjagaan kesihatan.
4) Kemajuan ekonomi rakyat, selari dengan ekonomi negara.

Kemiskinan.

Pada zaman Khalifah Saidina Umar Al-Khattab, betapa kebajikan dan pembahagian kekayaan dijaga diantara sesama rakyat, Zakat yang dikutip oleh baitulmal hampir tidak ada penerima. Bermaksud di sini, jumlah pemberi zakat adalah jauh lebih besar dari jumlah penerima. Hal Brunei sekarang dengarnya dalam cita-cita ke arah sifar penreima zakat. Harap-harap negara Islam sekeliling dapat contohi.

Diakui, Malaysia memanglah sangat-sangat jauh untuk sampai ke tahap tu. Aku dah nampak kepayahan kenalan aku dengan masalah pembahagian dan penerimaan zakat waktu belajar. Perlu bersurat, dengan interview. Selesai semua, nama lulus tapi zakat disekat. Macam-macam hal. Pemegang amanah zakat disumpah, didoakan bermacam-macam. Jadi tak senang duduk semua pihak.

Maknanya ada masalah yang lebih besar lagi dari masalah layak atau tidak menerima zakat. Iaitu masalah PENYAMPAIAN zakat. Penerima dah ada, bahagian dah sedia, tapi 'dikastam' pulak dari pemegang amanah. 'Kastam' tak rasmi ni perlu dihapuskan secara total sebagai langkah 1 untuk hapus kemiskinan.

*Topik ni memanglah amat panjang sebab aku cuba sampaikan pandangan dan pendapat aku. Jadi aku rasa elok aku buat secara berbahagi untuk maklumat disampaikan dengan lebih efektif.

21.7.12

Sense Of Humor.

Aku selalu sangat dengar perkataan ni dari perempuan, bila ditanya tentang lelaki 'ideal' mereka. Ciri yang paling kerap didengari antaranya adalah, "dia mestilah ada sense of humor."

Memang, semua orang mahukan hidup  yang fun, tak bosan. Masalahnya, apakah threshold untuk sense of humor kamu? Adakah sama dengan pasangan 'ideal' kamu? Kalau pasangan kamu gemarkan lawak kategori 'jack-ass'. Masih lagi dianggap ada sense of humor. Tapi, adakah ia sense of humor ideal kamu?

Entri ni bukan apa. Tadi, aku terjumpa dengan satu video 'prank'. Masalahnya, aku tak nampak sebarang 'sense of humor' pada prank tersebut. Tapi, mangsa nampaknya sangat berpuas hati dengan prank yang dikenakan, dan ada orang yang komen, mereka rasa sangat terhibur dengan prank tersebut.

Aku? Aku rasakan ia amat sick dan disturbing. F**king disgrace to stereotype.






Sick as f**k. Kamu?

9.7.12

PTPTN dan 'Pembangkang'.

Pembangkang yang aku maksudkan bukanlah parti pembangkang kepada kerajaan yang memerintah sekarang. Pembangkang yang aku maksudkan adalah pembangkang atas premis.

Dan premis yang aku bawa hari ni adalah pendidikan percuma.

Sangatlah boleh difahami kalau ada (dan ramai, amat ramai) orang yang membangkang isu pembayaran balik 'pinjaman' PTPTN bercampur riba' (dalam Islam, pinjaman yang menguntungkan pihak pemberi hutang dinamakan riba') sekarang ni. Normalnya, manusia memilih kesenangan. Bermaksud, tak perlu bayar 'semula' (premis lain yang perlu dibincangkan dalam topik lain).

Yang aku kurang faham adalah mereka yang bersungguh-sungguh dan tekad sepenuh hati menyokong pembayaran 'semula' PTPTN bercampur faedah (selain memaksimumkan pengiklanan Nuff-said (?) tentang perihal PTPTN walal tidaklah berminat sepenuh hati berbicara tentang PTPTN) dan bersedia untuk bermusuh dan berdebat menegakkan premis, "dah nama hangpa 'HUTANG' kerajaan dengan PTPTN, bayaqlah balik 'DUIT' kerajaan".

Katakanlah pada pilihanraya akan datang, rakyat bijak semakin bertambah dan impian ber-kerajaan baru tercapai. Antara janji pertama parti pemerintah akan datang adalah memansuhkan PTPTN. Terbukti pula kemudian, kerajaan tidak muflis seperti yang amat ditakuti oleh kerajaan sekarang. Pada waktu tu, aku ingin tahu, adakah kamu akan berterima kasih kepada kerajaan akan datang sebab menyediakan pendidikan percuma, atau kamu akan terbang separuh dunia ke London untuk mengadakan debat "Pendidikan Percuma Adalah 100% Tidak Relevan dan Menyebabkan Ramai Anak Muda Menjadi Bebal di IPTA."

What I wanna see is, some douchebag ranting, "F**k this shit. I'm gonna demand them to take payment from us all. Free education my a**."

Bravo.

18.6.12

The Unsung Heroes.

OK. Sebenarnya, tajuk post agak kurang tepat untuk mendefinisikan subjek untuk post aku kali ni.

Well, what the hell.

Aku, sebenarnya seorang yang sangat-sangat meraikan muzik. Lebih-lebih lagi muzik dari artis/bukan artis tempatan yang berbakat.

Ya, yang berbakat.

Dulu, (tak terlalu lama, maksud aku dua ke empat tahun lepas.) muzik 'Indie' memang betul-betul dapat sambutan di Malaysia. Yuna (?), Hujan, Couple dan lain-lain memang sangat diraikan. Fenomena 'gig' dan 'underground' semacam dapat sambutan baru. Aku jadi sedikit seronok dapat dengar lagu-lagu berkualiti dari artis/bukan artis berbakat dari Malaysia.

Senyum.

Kemudian, memperkenalkan, Najwa Latif. Najwa Latif boleh dianggap fenomena di Malaysia. Yuna 2.0? Entahlah. Lebih kurang macam tu lah cerita orang ramai. Mula dapat sambutan dengan post video 'cover' di YouTube, kemudian mula rakam lagu sendiri. Tapi, secara peribadi (bukan mengkritik, cuma memilih.) aku sangat tak gemarkan lagu-lagu Najwa Latif. Lebih-lebih lagi lagu-lagu tulisan dia sendiri. Pada aku, lagu-lagu tulisan dia sendiri, liriknya memang mudah tapi terlalu mudah dan terlalu amatur. Sedikit kebudak-budakan, mungkin.

Sekarang, Daiyan Trisya pula dapat nama selepas post video-video cover di YouTube. Juga, pada aku secara peribadi (sekali lagi, bukan mengkritik, cuma memilih.) aku sangat-sangat tak gemarkan lagu dan juga persembahan dia. Entahlah, mungkin pada aku, dia di tahap 'OK' saja. terserah kamu untuk memilih dan menilai.

Jelas, 'kuasa' YouTube memang bukan boleh buat main. "Cuma perlukan 15 minit, semua orang boleh jadi terkenal" (in 15 minutes everybody will be famous - Andy Warhol.). Kurang daripada tu, sebenarnya. 

3 minit. Itu saja.

Jadi, aku berhajat untuk jadikan seorang 'artis YouTube' ni terkenal. Mungkin kamu semua boleh join aku dan bantu dia jadi terkenal untuk betul-betul menambah seorang lagi artis/bukan artis yang berbakat dari Malaysia. Bukan apa, supaya aku boleh enjoy muzik yang betul-betul berkualiti. Tu saja.

Memperkenalkan, 'takaharasuiko' (aku sendiri kurang pasti apa nama sebenar dia.)

Pada aku, dia memang seorang yang sangat-sangat berbakat. Suara bagus, edit video dengan 'kemas' (?), dan betul-betul boleh bermain muzik. Boleh menulis lagu, mungkin? Tapi sayang, dia sangat-sangat 'underrated' oleh 'YouTube-fags'

Tolong dia jadi terkenal. 'Project Takahara-Fame'. Ni salah satu contoh bakat dia. Enjoy.








Berbakat, bukan?

12.6.12

Lelaki Jadian.

Tak. Aku bukan maksudkan perempuan bertukar jadi lelaki bila bulan mengambang. Maksud aku, 'from boys to man'.

(Tiba-tiba terasa sedikit nostalgik. Kenapa ya?)

Abaikan.

Ada beberapa perkara, pada aku, seorang lelaki PERLU, kalau tidak wajib, alami sebelum dia yakin dia adalah seorang lelaki yang sah atau tulen. Tak, aku bukannya mahu jadi the next Barney Stinson dengan buku 'The Bro-Code'-nya (yang mana pada aku adalah sangat ironi kerana Neil Patrick Harris adalah seorang yang as gay as the Village People.). Cuma aku rasa, ada beberapa perkara yang aku rasa relevan untuk aku kongsi. Sekurang-kurangnya, perkara yang aku alami sebelum aku yakin aku adalah seorang lelaki yang tulen.



SANGSI ORIENTASI SEKS.

Ini, pada aku, adalah perkara yang paling penting, dan harus untuk semua lelaki alami. Kenapa? Sebab kalau kamu tak pernah sangsi dengan orientasi seks kamu walaupun sekali, bermaksud kamu tak kisah dengan orientasi seks kamu, yang mana bermaksud kamu boleh gembira menjadi 'Gay' (yang mana juga bermaksud 'gembira'.).

Fasa yang paling penting adalah fasa berikutnya. Iaitu betul-betul memastikan orientasi seks kamu. Antara cara yang terbaik, macam Ray Romano katakan dalam sitkomnya 'Everybody Loves Raymond', "You wonders, you saw a boobs, you walk into a wall, and there you go."

Perlu aku jelaskan, aku bukanlah seorang yang 100% homofobia. Cuma aku tak setuju dengan frasa yang selalu digunakan oleh golongan LGBT iaitu 'born this way'. Tak, gay tak memilih kamu, Kamu yang memilih untuk jadi gay. Tapi, aku tiada masalah dengan golongan gay. Aku boleh berkawan dengan mereka, selagi mana mereka tak 'mencabul' hak aku sebagai lelaki tulen.



MENANGIS.

Kamu tak perlulah menangis waktu tonton cerita/drama Korea dengan teman wanita kamu. Bukan itu yang aku maksudkan. Maksud aku, 'manly tears'.

Aku tahu, frasa 'lelaki hanya menangis tiga kali seumur hidupnya' (a man only cries 3 times in his life.). Pada aku, frasa tu tak betul. 3 kali? Pfft.

Lelaki BOLEH, dan harus menangis. TAPI, atas situasi-situasi yang dibenarkan. Sebagai contoh :

1) Kematian ibu, bapa atau mana-mana ahli keluarga.
2) Ikon sukan yang lagenda bersara.
3) Kematian orang yang disayangi.
4) Menonton salah satu filem berikut -
    i)  Braveheart.
    ii) Gladiators.
    iii) Intouchables.
    - Atau mana-mana filem yang mempunyai genre yang sama dan bukannya 'The Notebook'.
5) Kelahiran anak pertama. (?)

Ada beberapa situasi yang selalu disalahguna oleh orang ramai untuk menangis dan untuk menjustifikasi tindakannya untuk menangis. Antaranya :

1) Boston Celtic kalah di tangan Miami Heat pada Conference Finals 2012.
2) Seorang lelaki lain meminta ditenangkan oleh kamu.
3) Bila kamu tak dapat apa yang kamu inginkan. Sebagai contoh, warna kereta idaman.
4) Bila kamu kecewa. Sebagai contoh, ditinggalkan kekasih.





MENGELUARKAN WANG DI MEJA MAKAN.

Aku sendiri kurang pasti dengan situasi ni. Apabila sekumpulan lelaki bersetuju untuk keluar makan, aku pasti, tiada seorang pun yang berstuju pada awal-awal lagi untuk membayar sejumlah besar daripada total perbelanjaan makan pada waktu itu. Tapi, secara automatik, mereka akan berbuat demikian.

Sebagai contoh, kamu mengajak dua orang rakan kamu keluar makan di 'Pelati Nasi Kandar' (bukan typo, memang aku sengaja eja begitu.). Aku yakin, aku langsung tak pernah kata, "Takpe, aku bayar." Tapi, selesai makan, bila ingin membayar, kamu akan jadi rasa bertanggung jawab, walaupun berat, untuk membayar kalau tak semua, sebahagian besar dari jumlah perbelanjaan tu. Dan secara automatik juga, rakan kamu yang berdua langsung tidak rasa tergerak untuk bertanya berapa harus dibayar atau berpura-pura ingin mengambil dompet dari poket belakang walhal memang sedari awal dah meninggalkan dompet di rumah.

Lain pula hanya dengan perempuan. Kalau mereka keluar bertiga untuk makan, mereka akan bahagikan, secara tepat, jumlah perbelanjaan tersebut kepada tiga bahagian, lengkap dengan sen-nya sekali.


Cukuplah pada aku, untuk bahagian I post kali ni. Aku ada urusan lain. Ya, aku akan sambung lagi dengan bahagian II (mungkin.) bila aku ada waktu dan idea.

Oh, hampir terlupa membawa dompet.
 

Copyright 2010. All rights reserved.

RSS Feed. This blog is proudly powered by Blogger and uses Modern Clix, a theme by Rodrigo Galindez. Modern Clix blogger template by Introblogger.