Menarik?

21.2.13

Azam Ala Kazam.

Pada awal tahun baru yang lepas, aku ada letakkan beberapa azam realistik yang aku nak capai sebelum tahun 2013 berakhir. 

Ye, aku tahu. Memang masih awal lagi dalam tahun 2013.

Empat azam yang aku letak ialah :

   1. Banyakkan membaca.
   2. Belajar bahasa asing yang baru.
   3. Mula menulis.
   4. Self control.

Jadi, untuk azam yang pertama; banyakkan membaca. Bulan lepas, aku baru membeli beberapa buah buku dari pesta buku di sini (?). Walaupun tak banyak, dalam 9 buku sahaja, tapi aku rasa tu dah lebih dari cukup untuk kuota 2 atau 3 bulan ni. Yang penting, realistik. Dan aku rasa 9 buku yang mana setiap satunya setebal lebih kurang 400-600 muka surat, untuk 3 bulan adalah dalam lingkungan 'realistik' untuk aku.

Azam yang kedua; belajar bahasa asing yang baru. Aku dapati, berkebolehan membaca, bercakap atau menulis dalam bahasa asing boleh jadi skil atau kelebihan yang sangat berguna. Tak kiralah walaupun masih dalam peringkat asas ataupun beginner, asalkan ada keinginan untuk memajukan kebolehan tu, dah memadai. Untuk azam yang kedua, aku memilih Bahasa Perancis sebagai bahasa asing pilihan aku. Alasan? Baru-baru ni, aku ada menonton satu sketch komedi dalam bahasa perancis. Walaupun aku tak faham apa yang mereka bincangkan, tapi aku dapat rasakan yang perkara yang dijenakan tu memang kelakar. Masalahnya, aku rasa macam di perbodohkan sebab tak memahami lawak tersebut. Jadi, sebagai motivasi sampingan, aku memilih Bahasa Perancis sebagai bahasa asing pilihan.

Azam ketiga dan keempat, dengan yakin aku katakan masih sangat terlalu awal untuk aku kongsi, lebih-lebih lagi azam ke tiga; mula menulis. Sebenarnya, aku langsung belum mulakan apa-apa bahan tulisan. Modul, idea, draf kasar. Semuanya aku masih belum ada. Tapi, memang aku sedang usahakan perlahan-lahan sebenarnya. Dan aku harap, banyak membaca boleh membantu aku untuk hasilkan idea untuk mula menulis dan bantu aku untuk lebih cekap mengawal diri.

Au revoire.

No comments:

Post a Comment

 

Copyright 2010. All rights reserved.

RSS Feed. This blog is proudly powered by Blogger and uses Modern Clix, a theme by Rodrigo Galindez. Modern Clix blogger template by Introblogger.