Oh, baru tersedar yang sambungan entri ini sudah lama aku abaikan. Masa untuk menyambung 'rant' aku.
Pendidikan.
Tolonglah. Tolonglah akui yang tahap pendidikan dan silibus yang diperkenalkan di sekolah-sekolah kebangsaan di Malaysia adalah sangat-sangat menyedihkan dan berada di tahap yang kritikal.
Perkara ni, menjadi sangat-sangat ketara dan terasa kesannya bila pelajar-pelajar Malaysia melanjutkan pelajaran di universiti swasta, dan universiti di luar negara. Pada umur yang sama diperkenalkan pelajar-pelajar Malaysia dengan alam universiti, mereka sebenarnya terpaksa berusaha lebih keras berbanding pelajar-pelajar dari negara membangun -- bukan negara maju -- yang lain.
Memang sangat terasa. mereka yang kurang menyertai study-group semasa bersama dengan pelajar luar negara mungkin tidak peka dengan perihal ni. Tapi, bagi mereka yang menyertai study-group bersama pelajar dari negara lain, mereka akan terasa sangat kerdil, dan seolah-olah jauh ketinggalan dari segi kematangan mental, terutamanya dalam pelajaran walaupun duduk dalam tahun pengajian yang sama.
Mungkin kerana silibus pembelajaran sekolah-sekolah kebangsaan di Malaysia dikawal oleh badan lain, tetapi langkah-langkah 'luar' perlu diambil. Dan langkah 'luar' yang paling utama yang perlu diambil tindakan segera adalah mengawal pusat tuisyen dan sistem Sekolah Berasrama Penuh yang mana bersistem-kan 'exam-oriented'. Pada mereka, 'kejayaan' diukur dengan seberapa bagus keputusan kamu dalam peperiksaan PMR atau SPM.
Silap besar.
Aku harap, KPM dan mereka yang terlibat secara langsung dan tidak langsung dapat sama-sama membantu memajukan taraf pendidikan di Malaysia.
No comments:
Post a Comment