Selamat 'bakal' tahun baru.
Tahun
2012 tinggal lagi beberapa jam untuk kita ucap 'selamat tinggal'. Aku
banyak 'ketawa'. Tapi, yang 'menangis' yang lagi lama diingati.
31
Disember 2011, aku tak letakkan sebarang 'azam' untuk tahun baru. Sama
macam 31 Disember tahun-tahun sebelumnya. Tapi, disebabkan cik tunang,
aku berazam untuk ada azam tahun baru. Aku kena berubah untuk orang
lain. Maksud aku, kemudahan orang lain. Tapi, tak semestinya perubahan
tu tak dapat membantu aku, bukan?
Jadi, untuk tahun baru yang akan datang dalam beberapa jam saja lagi, aku berazam untuk :
1. Banyak membaca.
Aku
suka membaca. Cuma, material bacaan tu yang menjadi persoalan. Aku
banyak menghabiskan masa aku membaca berita, artikel-artikel, jurnal
perubatan, jurnal kajian dan macam-macam lagi di INTERNET. Itu perlu
berubah. Maksud aku, bukanlah kurangkan membaca material-material
tersbut. Aku perlu menambah material bacaan aku dalam bentuk buku-buku,
tak kisah autobiografi, fiksyen ataupun motivasi pembangunan diri (fancy choice of words).
2. Belajar bahasa asing yang baru.
Waktu sekolah dulu, aku ditempatkan dalam kelas pelajar pilihan Bahasa Jepun sebagai bahasa asing. Needless to say, I never pay any attention.
Aku memang tak teringin (dan tak pernah terfikir jauh kelebihan
berbahsa asing) untuk tahu berdialog dalam Bahasa Jepun. Pada waktu tu,
aku cuma fikir yang orang yang teringin berbahasa Jepun, cuma nerds dan
kaki anime (otaku) yang akan kekal tanpa teman wanita sehingga
umur 40-an. Tapi, bila dah di dunia luar, aku dah lebih dari sedar yang
kebolehan berbahasa asing (Bahasa Inggeris bukan bahasa asing, orait.). Jadi, untuk tahun akan datang, aku berazam untuk belajar bahasa asing yang baru.
3. Menulis.
Sebenarnya,
aku memang sangat minat bidang penulisan. Aku memang sangat-sangat
teringin untuk menulis novel. Tapi, bukan novel-novel bull-crap macam novel-novel cinta mat rempit. Tapi buku-buku seperi 'Wild', karangan Ceryl Strayed, 'Hector & The Search For Happiness' karangan Francoise Lelord.
Aku sebenarnya cemburu dengan orang-orang yang mahir dalam penulisan
kreatif. Jadi, sebagai untuk membuatkan aku jadi lebih mahir dan kreatif
dalam menulis, aku perlu banyakkan membaca (azam no 1) dan mahir dalam
satu bahasa asing yang baru (azam no 2) untuk lebih memantapkan
penulisan.
4. Self control.
Aku
sebenarnya ada sedikit masalah dengan isu sabar. Aku orang yang sedikit
kurang sabar, dan kebanyakan masa nya bila isu tu melebihi tahap kawal
diri aku, mulut aku akan jadi lebih 'proaktif' berbanding otak dan itu
akan jadi satu isu yang lebih besar. Jadi, untuk tahun baru, more zen, less anger.
Aku rasa, tak perlu banyak. Biar sikit, asalkan realistik dan boleh dicapai. Jadi, selamat 'bakal' tahun baru untuk semua.